awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu langgar peserta larian tidak mabuk - Polis

Hakim Rahman
Hakim Rahman
10/12/2017
07:42 MYT
Pemandu langgar peserta larian tidak mabuk - Polis
Keadaan kereta Proton Iswara yang terbabas selepas melanggar peserta larian Klang City International Marathon - Foto PDRM
Pemandu yang melanggar peserta larian Klang City International Marathon awal pagi tadi tidak berada dalam keadaan mabuk atau di bawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mazelan Paijan berkata, lelaki berusia 27 tahun yang memandu kenderaan berkenaan berada dalam keadaan normal.
"Siasatan mendapati pemandu tidak mabuk dan keputusan ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.
"Kami sudah menghantar pemandu ke hospital untuk ujian darah," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Katanya permukaan jalan di lokasi kejadian rata dan jalan kering serta diterangi lampu selain keadaan cuaca yang baik.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi tadi, tiga peserta larian Klang City International Marathon cedera dengan seorang dilaporkan parah akibat dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Kapar Batu 2.
Kereta Proton Iswara terbabit melanggar bahagian belakang peserta larian dari arah sama menyebabkan bonet dan bampar kereta terbabit kemek di bahagian hadapan.
Mangsa yang dikenali sebagai Evelyn Ang Gek Suan, 44, parah pada kepala dan rahang manakala dua yang lain, Amiruddin Hamid, 37, cedera pada kepala dan Ahmad Hadafi Jus, 42, mengalami luka buku lali kiri.
Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan.
Topic Berkaitan
#cedera parah
#kemalangan
#Klang
#Klang City International Marathon
#larian
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan