Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pemandu lori ceroboh masuk Istana Iskandariah, bawa pistol mainan, sebilah pisau

Pemandu lori ceroboh masuk Istana Iskandariah, bawa pistol mainan, sebilah pisau
Ujian air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. - Foto BERNAMA
KANGAR: Polis menahan seorang lelaki selepas dia bertindak merempuh pagar utama Istana Iskandariah di sini dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi, hari ini.

Pada kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, suspek berusia 30 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori simen turut mengacukan pistol mainan ke arah polis yang cuba menahannya.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, suspek pada mulanya meminta kebenaran memasuki istana kononnya mahu bertemu dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, namun tidak dibenarkan.

“Kemudian dia tiba-tiba masuk gear dan bawa kereta dengan laju lalu merempuh pintu istana menyebabkan mangga tercabut.
“Dia terus memandu kereta terus masuk ke dalam istana dan anggota kita terus mengejarnya dengan motosikal.

“Dia kemudiannya mengeluarkan pistol dan mengacu kepada anggota kita, menyebabkan berlaku pergelutan dan akhirnya kita dapat menangkapnya,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar pada Isnin.

Menurutnya, ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Razali berkata, ujian psikiatri terhadap suspek yang berasal dari Gerik itu masih belum dijalankan namun polis tidak menolak kemungkinan ia disebabkan pengaruh dadah.

Empat kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan, kerana melakukan bencana pada pagar istana serta pencerobohan istana di samping Seksyen 186 kanun yang sama kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Polis akan mendapatkan perintah reman esok.


Tag: Sultan Nazrin Shah, Razali Ibrahim, Sultan Perak, lelaki, penjawat awam, kesihatan, Kuala Kangsar, anak, Perodua, suspek, api, jenayah, siasatan, Istana Iskandariah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.