Tidak berkesempatan menghantar barangan kepada pelanggan, seorang pemandu sebuah lori lima tan maut manakala kelindannya cedera parah di kepala selepas lori yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Utama Grik, Kulim-Baling, hari ini.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, pemandu lori terbabit, yang belum dipastikan identitinya, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, ketika ditemui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 12.06 tengahari.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling tiba di lokasi mendapati terdapat kemalangan membabitkan sebuah lori treler dengan lori lima tan di tempat kejadian.

Tinjauan mendapati keadaan di lokasi kemalangan berselerakan dengan serpihan badan lori yang bertaburan di atas jalan. - Foto Astro AWANI

Tinjauan mendapati keadaan di lokasi kemalangan berselerakan dengan serpihan badan lori yang bertaburan di atas jalan.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira sepuluh minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dengan menggunakan peralatan khas (rescue tools).

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling tiba di lokasi mendapati terdapat kemalangan membabitkan sebuah lori treler dengan lori lima tan di tempat kejadian. - Foto Astro AWANI

Pemandi lori meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu. - Foto Astro AWANI

Mohamadul Ehsan berkata, kelindan lori lima tan itu mengalami kecederaan parah di kepala dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun pemandu treler itu tidak mengalami kecederaan.

Setakat ini identiti kesemua mangsa tidak dikenal pasti dan mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.