awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu mabuk: Lelaki mengaku tidak bersalah langgar peniaga pasar malam

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2020
06:40 MYT
Pemandu mabuk: Lelaki mengaku tidak bersalah langgar peniaga pasar malam
Kang Ming Han, 32, yang didakwa mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu. - Foto Astro AWANI
Seorang ahli perniagaan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mencederakan penjaja di Pasar Malam Pekan Bukit Sentosa pada 22 Mei lalu.
Kang Ming Han, 32, yang didakwa mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
Tertuduh membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan kepadanya di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Mengikut pertuduhan pertama , dia didakwa berkelakuan tidak senonoh apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis di Balai Polis Bukit Sentosa, Hulu Selangor dan didakwa di bawah Seksyen 90 Akta Polis.
Seorang ahli perniagaan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mencederakan penjaja di Pasar Malam Pekan Bukit Sentosa pada 22 Mei lalu.
Seorang ahli perniagaan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mencederakan penjaja di Pasar Malam Pekan Bukit Sentosa pada 22 Mei lalu.
Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan perbuatan cubaan membunuh terhadap penjaja, Norisham Abdul Rashid, 42, Mahadin Senan, 41, dan Baharum Ab Manaf, 61, dengan cara melanggar mangsa menggunakan Toyota Hilux.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 1 Julai ini sebagai tarikh serahan dokumen dan sebutan kes.
Sementara itu, seorang lagi tertuduh, wanita Myanmar dipercayai teman wanita tertuduh, Aye Myat Mon, 25, turut didakwa di mahkamah sama kerana tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk masuk ke negara ini.
Topic Berkaitan
#Hilux
#Hulu Selangor
#lelaki
#mabuk
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#mangsa
#Myanmar
#peniaga
#polis
#rempuh
#Toyota
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan