announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pemandu maut dalam kemalangan empat buah lori di Lebuhraya PLUS

Pemandu maut dalam kemalangan empat buah lori di Lebuhraya PLUS
Mangsa yang berusia dalam lingkungan 33 tahun dijumpai berada di bawah lori yang membawa makanan. - Foto JBPM
SLIM RIVER: Seorang pemandu maut tersepit di bawah lori apabila lorinya terlibat dalam kemalangan dengan tiga buah lori lain di Kilometer 384 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan malam ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 7.05 malam.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan jalan raya melibatkan empat buah lori berlanggar,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 33 tahun dijumpai berada di bawah lori yang membawa makanan dan dipercayai dalam perjalanan ke Selangor.

Menurut jurucakap itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



Tag: pemandu maut, tersepit di bawah lori, kemalangan, Lebuhraya PLUS, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM, KKM



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.