awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu teksi protes Uber & GrabCar punca kesesakan trafik di Bukit Bintang

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
29/03/2016
08:49 MYT
Pemandu teksi protes Uber & GrabCar punca kesesakan trafik di Bukit Bintang
Kesesakan trafik di sekitar Kuala Lumpur bertambah buruk pada pagi ini berikutan pelancaran protes oleh sekumpulan pemandu teksi di Bukit Bintang.
Kesesakan trafik di sekitar Kuala Lumpur bertambah buruk pada pagi ini berikutan pelancaran protes oleh sekumpulan pemandu teksi di Bukit Bintang.
Difahamkan, mogok itu dilancarkan berhampiran sebuah pusat membeli belah di Bukit Bintang bagi membantah perkhidmatan GrabCar dan Uber.
Pemandu teksi dikatakan telah menutup laluan secara senjaga dengan memberhentikan kenderaan mereka sepanjang jalan Bukit Bintang sebagai tanda protes.
Protes ini dilancarkan berikutan kegagalan SPAD mengambil tindakan terhadap perkhidmatan Uber dan GrabCar yang didakwa telah menjejaskan pendapatan mereka.
Perhimpunan itu telah menyebabkan kesesakan yang buruk di sekitar jalan Bukit Bintang pada kira-kira jam 10.30 pagi ini.
Susulan itu, rata-rata netizen berkongsi rakaman gambar protes itu serta situasi sekitar jalan itu di media sosial.
Ada juga yang mengadu mengenai kesesakan trafik di media sosial.
Malah, netizen menyifatkan protes ini sebagai satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Teksi mogok dekat jalan Bukit Bintang, uber ikutlah jalan lain. Bodohnya teksi berkumpul menyusahkan orang.
— Faiz | Yol (@Dgasm__) March 29, 2016
Dengar cita teksi mogok kat bukit bintang. Dah kenape? pic.twitter.com/wmny8uVWye
— (@aidilryzal) March 29, 2016
Tak ada pihak penguasa nak ambil tindakan ke kepada teksi-teksi mogok yang menghalang trafik?
— marat (@amarat_sub) March 29, 2016
Protes pemandu teksi, Jln Bukit Bintang terus mati tak bergerak (@ Bukit Bintang) https://t.co/oVV2X0YXSR pic.twitter.com/Tzj5Hm39bx
— Lee SlimShady (@LeeSlimShady) March 29, 2016
Protes pemandu teksi kpd SPAD terhadap Uber dan Grab, dulu di Jakarta, sekarang di Bukit Bintang pic.twitter.com/FDXk9b9QPL
— Lee SlimShady (@LeeSlimShady) March 29, 2016
Taxi drivers protest against Uber/Grab. So customers r forced to call Uber/Grab coz u all r busy protesting pic.twitter.com/24Cbn1tPxu
— Harith Iskander (@HarithIskander) March 29, 2016
Taxi drivers could have used their hours to pick up passengers but instead they park in the middle of the road to protest. /p>— Aysha Ridzuan (@ayshardzn) March 29, 2016
Malah, ada di kalangan netizen yang menyeru pihak teksi untuk mengurangkan tambang teksi bagi menarik lebih banyak penumpang.
Kalau perkhidmatan teksi terbaik dan murah tkde la org naik uber. Protes pun tk guna. Hidup uber
— Dimitri (@KayKhalish) March 29, 2016
Nak protes tu tengok lah service teksi tu macam mana, compare lah service teksi dengan uber & grab car
— MA-ROO (@bumat29) March 29, 2016
Mogok itu kemudian disuraikan atas arahan pihak polis yang tiba di lokasi kejadian, kira-kira jam 12 tengahari.
Menurut beberapa media tempatan, seramai lima lelaki ditahan kerana dipercayai menghalang anggota polis menjalankan tugas ketika menyuraikan sekumpulan pemandu teksi itu.
Topic Berkaitan
#Bukit Bintang
#GrabCar
#kesesakan
#pemandu teksi
#protes
#teksi
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan