awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu treler terbabit kemalangan maut ditahan polis

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2018
11:59 MYT
Pemandu treler terbabit kemalangan maut ditahan polis
Anggota bomba dan penyelamat melaksanakan tugas mereka di lokasi kejadian kemalangan maut. - Astro AWANI
Pihak polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap pemandu treler yang mengakibatkan kemalangan sehingga mengorbankan empat sekeluarga termasuk seorang bayi di Kilometer 176 Jalan Johor Bahru-Seremban, berdekatan Kampung Melayu Raya, Segamat petang tadi.
Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Raub Selamat berkata, pemandu treler berusia 41 tahun itu kini ditahan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata, siasatan awal terhadap pemandu berkenaan juga mendapati mempunyai enam rekod lampau berkaitan kesalahan lalu lintas.
Pemandu treler itu tidak mengalami kecederaan serius dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Segamat.
Keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terlibat dalam kemalangan maut di Segamat. - Astro AWANI
Keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terlibat dalam kemalangan maut di Segamat. - Astro AWANI
“Pemandu lori mengalami kecederaan ringan sahaja dan kita akan tahan pemandu lori ini dibawah Seksyen 41 dan dibawa balik untuk siasat lanjut.
“Punca kemalangan disebabkan treler yang dari arah Segamat menghala ke Labis telah terbabas lalu memasuki lorong kanan dan melanggar MPV tersebut.
“Semasa kemalangan tersebut lori ni tidak membawa apa-apa barang. Semua mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat yang dijangka diadakan malam ini,” ujar Raub.
Dalam kejadian sekitar 1.30 petang tadi, kereta yang dinaiki lima beranak itu dirempuh sebuah treler yang tidak membawa sebarang muatan.
Ekoran itu, empat daripadanya termasuk seorang bayi maut ditempat kejadian.
Identiti pasangan suami isteri itu dikenali sebagai Nizam Daud, 51, dan Nur Faizlin Jamaludin @ Samsudin, 37, serta dua anak mereka Nur Naqhia, 6, dan Mohd Niyaz, 2.
Manakala seorang lagi anak mereka yang terselamat, Mohd Naqib, 9, kini masih berada dalam zon merah Hospital Segamat.
Tambah Raub, siasatan juga mendapati Honda Stream berkenaan dipandu oleh si isteri.
Sehingga jam 7 petang ini, proses bedah siasat masih belum dijalankan dan dijangka dimulakan pada sebelah malam.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#PDRM
#pemandu treler
#polis
#Segamat
#Tahanan reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan