awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemansuhan pengasingan kelas wujudkan iklim positif - ABIM

Astro Awani
Astro Awani
27/12/2017
22:47 MYT
Pemansuhan pengasingan kelas wujudkan iklim positif - ABIM
RAIMI: Amalan mengumpulkan murid pelbagai kebolehan berada dalam satu kelas menjadikan murid yang berprestasi tinggi boleh membantu murid yang berprestasi rendah - Foto Astro AWANI
Arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar semua sekolah menghentikan amalan pengasingan kelas mengikut pencapaian murid mendapat sambutan positif Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)..
Menurut Presidennya, Mohamad Raimi Abdul Rahim berkata, arahan ini akan memberi ruang untuk pentadbir dan guru sekolah untuk mewujudkan satu persekitaran sekolah yang penyayang serta kondusif, yang mana para pelajar dapat berinteraksi dengan guru secara mudah.
"Di samping itu arahan ini akan mendorong pentadbir dan guru memikirkan kaedah untuk berdamping dengan murid, dan melibatkan murid secara aktif daripada perspektif kognitif dan emosi dalam PdP, merancang aktiviti sekolah, dan mereka bentuk persekitaran sekolah.
"Melalui persekitaran demikian, murid lebih bermotivasi untuk belajar dan seterusnya lebih cenderung untuk mendapat pencapaian yang lebih tinggi dalam pentaksiran dalam bilik darjah, pentaksiran pusat dan seterusnya dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA," katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.
Jelasnya lagi, amalan emngumpulkan pelajar berdasarkan keupayaan akademik menjadi faktor penyebab pencapaian pelajar Malaysia di peringkat antarabangsa kurang memuaskan.
"Amalan mengumpulkan murid pelbagai kebolehan berada dalam satu kelas menjadikan murid yang berprestasi tinggi boleh membantu murid yang berprestasi rendah.
"Arahan ini juga boleh menganjak paradigma pendidikan di Malaysia jauh kehadapan dengan pertimbangan keperluan ruang dan masa untuk pengurusan perubahan di semua peringkat.
"Kita perlu bergerak menjangkaui lingkungan keselesaan sedia ada yang sebenarnya suatu lingkaran yang lebih baik dan iklim persekolahan yang sejahtera," katanya.
Topic Berkaitan
#ABIM
#Amalan pengasingan kelas
#Angkatan Belia Islam Malaysia
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#KPM
#Mohamad Raimi Abdul Rahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan