Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pemasangan kawat duri di Pudu langkah perkemas PKPB

Pemasangan kawat duri di Pudu langkah perkemas PKPB
Kawasan yang terlibat dengan pemasangan kawat duri adalah laluan bermula di D'Majestic Place hingga persimpangan Jalan Pasar/ Jalan Pudu dan Jalan Landak. Gambar YouTube / Construction Laborers
KUALA LUMPUR: Langkah pasukan keselamatan mengetatkan kawalan termasuk memasang kawat duri di sekitar Pudu di ibu negara sejak malam Khamis menimbulkan khabar angin kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beberapa klip rakaman video serta gambar menjadi tular di laman sosial, memaparkan pasukan polis melakukan sekatan jalan raya manakala anggota tentera memasang kawat duri mengelilingi beberapa bangunan kediaman dan premis perniagaan.
Kawasan yang terlibat dengan pemasangan kawat duri adalah laluan bermula di D'Majestic Place hingga persimpangan Jalan Pasar/ Jalan Pudu dan Jalan Landak.

Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak, namun Astro AWANI difahamkan langkah pihak berkuasa itu bukan disebabkan PKPD.
Sebaliknya, ia sebahagian usaha untuk memperkemas dan memperkasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan terbabit.