Tahap pematuhan masyarakat terhadap penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Pinang telah mencapai 98.9 peratus, kata anggota Exco Negeri, Jagdeep Singh Deo hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Negeri itu berkata, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) masing-masing melaporkan tahap pematuhan PKP sebanyak 98.9 peratus dan 98.85 peratus, semalam.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas kerjasama penuh mereka semasa tempoh PKP. Saya berharap Pulau Pinang akan mencapai pematuhan penuh PKP dan mengelak sebarang potensi jangkitan kes COVID-19," katanya menerusi telesidang, di sini hari ini.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan bahawa insentif di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang berjumlah RM75 juta diagihkan dengan sejumlah RM6.98 juta diperuntukan sebagai bantuan RM500 sekali bayar kepada 13,967 peniaga kecil dan penjaja berlesen.
"Hari ini, MBPP akan membuat bayaran kepada 4,158 orang penjaja dan peniaga kecil manakala selebihnya iaitu 2,799 orang sebelum 15 April. MBSP juga akan mula membuat bayaran bantuan kepada 791 orang pada hari ini manakala baki 6,219 penjaja dan peniaga kecil akan menerima secara berperingkat," katanya.
Jagdeep juga berkata peruntukan sejumlah RM1.497 juta disediakan untuk 4,991 petugas barisan hadapan dari MBPP dan MBSP dalam bentuk RM300 sekali bayar serta tambahan RM1.945 juta dalam bentuk peralatan keselamatan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan itu.
Katanya, MBSP dibekalkan dengan 6,000 penutup mulut dan hidung, 530 botol cecair pembasmi kuman dan 35 unit termometer, manakala MBSP diberikan 9,000 penutup mulut dan hidung, 500 botol cecair pembasmi kuman dan 35 unit termometer. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 03 2020
Rakyat Pulau Pinang telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. - Gambar hiasan
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Iran-Israel: Tindak balas Israel berisiko heret wilayah dalam perang - Jordan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, tindakan balas Israel terhadap serangan Iran boleh membawa risiko sebenar mengheret seluruh wilayah itu ke dalam perang yang dahsyat.
AS, EU rancang sekat eksport minyak Iran
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merancang mengenakan sekatan baharu ke atas Iran yang bakal mengurangkan kapasiti negara itu untuk mengeksport minyak berikutan serangannya terhadap Israel minggu lalu.
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Pematuhan PKP di Pulau Pinang capai 98.9%
Tahap pematuhan masyarakat terhadap penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di Pulau Pinang telah mencapai 98.9 peratus.