awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembabitan Soros: 'Keterangan hanya akan diberi di mahkamah' - Maria Chin

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
04/11/2016
08:50 MYT
Pembabitan Soros: 'Keterangan hanya akan diberi di mahkamah' - Maria Chin
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata sebarang butiran berkaitan dana Open Society Foundation hanya akan dijawab jika dipanggil di mahkamah kelak. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Bersih 2.0 tidak memberi apa-apa keterangan mengenai dana Open Society Foundation (OSF) kepada polis semasa dipanggil untuk siasatan di Bukit Aman
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, sebarang butiran hanya akan dijawab jika dipanggil di mahkamah kelak.
Katanya, siasatan adalah di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan yang dikaitkan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)(SOSMA).
"Kerana semua mengenai akaun kita sudah masuk di laman web, dan Facebook, mereka boleh bacalah daripada laman web.
"Kita tidak akan jawab apa-apa, kita jawab di mahkamah kalau ada apa-apa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Pada 31 Oktober media mendedahkan nama beberapa persatuan, portal berita dan NGO menerima dana OSF yang dinaungi spekulator mata wang, George Soros.
Laporan itu dibuat berdasarkan kepada pendedahan DC Leaks.
Maria juga berkata bahawa Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November akan diteruskan.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap pihak yang mengadakan perhimpunan di lokasi yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Jelasnya, kumpulan baju kuning dan baju merah perlu mendapat kebenaran pemilik tempat meskipun kedua-dua pihak telah mengemukakan notis kepada pihak polis.
Topic Berkaitan
#Bersih 2.0
#DC Leaks
#Maria Chin Abdullah
#Open Society Foundation
#Soros
#SOSMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan