awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masalah bumbung bocor di Axiata Arena tidak akan berulang - PSM
Pegang kayu di plaza tol, polis buru dua individu
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembalakan di Merapoh: Adnan sifatkan NGO tidak ikhlas

Bernama
Bernama
27/11/2017
15:01 MYT
Pembalakan di Merapoh: Adnan sifatkan NGO tidak ikhlas
Adnan berkata kerajaan negeri dan dirinya sendiri selaku menteri besar turut bergantung kepada maklumat orang ramai untuk mengetahui masalah di negeri itu kerana mereka 'tidak boleh mengukur seluruh Pahang'. - Gambar fail
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menyelar tindakan sesetengah pihak yang hanya melaporkan isu pembalakan di Merapoh, Lipis dekat sini apabila keadaan sudah teruk.
Beliau berkata wakil rakyat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar dan orang kampung seharusnya membangkitkan isu itu pada peringkat awal agar tindakan segera boleh diambil.
"Kalau ikhlas beritahu awal... nampak ada lori masuk buat kerja terus maklumkan pada kita. NGO pun tidak ikhlas, sudah rosak baru nak keluar surat khabar. Saya pun tak mahu salahkan wakil rakyat, tapi sepatutnya dari awal beritahu," katanya.
Adnan berkata demikian di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, semasa mencelah pada penggulungan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak yang menjawab isu pembalakan di Merapoh.
Beliau yang kesal dengan perkara tersebut berkata kerajaan negeri dan dirinya sendiri selaku menteri besar turut bergantung kepada maklumat orang ramai untuk mengetahui masalah di negeri itu kerana mereka "tidak boleh mengukur seluruh Pahang".
Sementara itu, Mohd Soffi berkata pembalakan yang berlaku adalah sebahagian daripada rancangan untuk membangunkan ladang kelapa sawit dan adalah 'mustahil untuk dilakukan tanpa menebang pokok'.
Kerajaan negeri, atas saranan menteri besar sedang mencari penyelesaian supaya projek pembangunan itu dapat dilakukan tanpa merosakkan flora dan fauna unik termasuk gua yang menjadi destinasi ekopelancongan di Merapoh, katanya.
"Kerajaan negeri sedang mengkaji kemungkinan sebahagian daripada kawasan yang dicadangkan dalam projek pembangunan bagi ladang kelapa sawit itu dikeluarkan daripada rancangan asal," katanya.
Isu pembalakan di Merapoh hangat sejak penghujung Oktober lalu dengan penglibatan NGO alam sekitar sehingga mewujudkan solidariti masyarakat antarabangsa di laman sosial menerusi #savemerapoh.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adnan Yaakob
#ladang kelapa sawit
#lipis
#maklumat
#Merapoh
#Mohd Soffi Abdul Razak
#NGO
#pembalakan
#penggulungan
#savemerapoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan