awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangkang tidak lagi boikot PAC

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/04/2019
03:54 MYT
Pembangkang tidak lagi boikot PAC
ISMAIL: "Semua ahli pembangkang akan berada dalam PAC dan kami tidak lagi memprotes atau memboikot PAC." - Gambar fail/BERNAMA
Pembangkang tidak lagi akan memboikot Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) apabila Kerajaan bersetuju melantik ahli Parlimen pembangkang sebagai pengerusi jawatankuasa itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pelantikan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad sebagai Pengerusi PAC baharu.
“Saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan terutamanya Perdana Menteri di atas keputusannya, akhirnya bersetuju dengan pandangan daripada pihak pembangkang supaya melantik Pengerusi PAC daripada pembangkang.
“Oleh itu, semua ahli pembangkang akan berada dalam PAC dan kami tidak lagi memprotes atau memboikot PAC. kita akan masuk balik sebagai ahli PAC,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.
Satu sidang media akan diadakan oleh PAC petang ini selepas usul pelantikan Noraini dibacakan di Dewan Rakyat.
Topic Berkaitan
#boikot
#Dewan Rakyat
#ismail sabri yaakob
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#kerajaan
#noraini ahmad
#PAC
#Parlimen
#pembangkang
#Pengerusi PAC
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan