awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantaian di Rakhine: Segera letakkan tekanan ke atas Myanmar - Mas Ermieyati

Tengku Faeza Mastura
Tengku Faeza Mastura
22/11/2016
07:13 MYT
Pembantaian di Rakhine: Segera letakkan tekanan ke atas Myanmar - Mas Ermieyati
MAS ERMIEYATI: Penindasan ini sama sekali telah melanggar hak asasi manusia dan lebih memalukan apabila Aung San Suu Kyi mengambil pendekatan berdiam diri. - Foto BERNAMA
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, menggesa badan-badan komuniti antarabangsa supaya segera meletakkan tekanan kepada kerajaan Myammar berikutan insiden pembantaian etnik Rohingya di Rakhine.
Beliau yang kesal dengan tindakan tentera Myanmar yang menindas dan membunuh etnik Rohingya bermula 9 Oktober lalu mendesak perhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ASEAN, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Kesatuan Eropah (EU).
“Penindasan ini sama sekali telah melanggar hak asasi manusia dan lebih memalukan bila pemenang Hadiah Nobel Keamanan Aung San Suu Kyi mengambil pendekatan berdiam diri,” jelas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambah beliau, Bangladesh juga dikatakan bersekongkol dengan Myanmar dengan menutup pintu sempadan dan menyekat akses bantuan kemanusiaan serta terdapat penyalahgunaan kuasa terhadap etnik Rohingya khususnya kaum wanita dan kanak kanak.
PBB, menurut Mas Ermieyati, diperlukan untuk menghantar pasukan pengaman ke Arakan bagi menghentikan sebarang usaha pembersihan etnik Rohingya dan mengembalikan segala asas kebebasan termasuk kebebasan untuk bergerak, berkahwin, pendidikan, kesihatan dan kehidupan yang aman.
Dalam kenyataan itu juga, beliau memohon untuk Hadiah Nobel Keamanan Aung San Suu Kyi ditarik balik beliau tidak membantu dalam menyelesaikan konflik etnik Rohingya.
Selain itu, Puteri UMNO menuntut janji pemerintah Myammar pada 2015 untuk beri komitmen verifikasi kewarganegaraan Rohingya dan menghulur segala bantuan yang diperlukan.
Beliau mengakhiri kenyataan dengan mengharapkan agar etnik Rohingya mempunyai hak dan masa depan untuk hidup secara aman sama seperti etnik-etnik yang lain.
Topic Berkaitan
#Aung San Suu Kyi
#Myanmar
#Puteri UMNO
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan