Pembantu peribadi kepada seorang lelaki bergelar 'Datuk' hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Miri berhubung kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri Bill Kayong.
Chin Wui Chung, 50, didakwa bersubahat dengan Lie Chang Loon, Datuk Lee Chee Kiang, yang masih bebas, dan Mohamad Fitri Pauzi, dalam pembunuhan itu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan.
Lie, 39, didakwa mengikut seksyen sama Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Miri pada 15 Julai manakala Lee dilaporkan melarikan diri ke Australia dari Singapura pada 3 Julai.
Polis telahpun mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan Lee, yang dipercayai menjadi dalang pembunuhan itu.
Fitri, 29, didakwa di mahkamah sama pada 15 Julai mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan tenang ketika jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Pendaftar Mahkamah Rendah Nuur Hafiza Yatim yang kemudiannya menetapkan 23 Sept untuk sebutan semula.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izzat Wan Abdullah mewakili pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Ranbhir Singh Sangha.
Chin menyerah diri di Balai Polis Miri pada 18 Ogos jam 4.50 petang dengan ditemani peguamnya.
Selain Lee, yang merupakan pemilik syarikat perladangan, polis turut mengesan seorang lelaki berumur 35 tahun, pemilik sebuah pusat karaoke.
Kayong, 43, yang nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, mati ditembak di dalam kenderaan Toyota Hilux kepunyaannya kira-kira 8.30 pagi pada 21 Jun di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasaraya E-Mart di Jalan Miri-Bintulu, Lutong.
Bernama
Mon Aug 29 2016
Bill Kayong, atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, mati ditembak di dalam kenderaan Toyota Hilux kepunyaannya di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Miri-Bintulu, Lutong pada pagi 21 Jun. - Gambar fail
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Kubur Bill Kayong dirosakkan, polis buka kertas siasatan
Insiden tersebut disedari oleh orang awam yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis.
Hukuman gantung pembunuh Bill Kayong kekal
Mahkamah Persekutuan Kuching pada Selasa mengekalkan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh aktivis Bill Kayong pada Jun 2016 lalu.
Keluarga Bill Kayong kecewa dengan cadangan pemansuhan hukuman mati
Keluarga Bill Kayong menyuarakan kekecewaan mereka tentang cadangan untuk memansuhkan hukuman mati, terutama terhadap individu yang disabitkan kesalahan kerana membunuh.
Pembunuh Bill Kayong ke tali gantung, seorang lagi masih bebas
Mahkamah Tinggi Miri hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohamad Fitri Pauzi, 31 tahun, selepas didapati bersalah melakukan membunuh Setiausaha PKR Cabang Miri, Bill Kayong, dua tahun lalu.
3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri
Kesemua yang dibebaskan adalah Lie Chang Loon, Chin Wui Ching dan ahli perniagaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang.
Datuk nafi terlibat dalam pembunuhan Bill Kayong
Seorang ahli perniagaan tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan bersubahat dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong.
Lelaki disyaki perancang kes bunuh Bill Kayong ditahan - KPN
Polis hari ini menahan seorang lelaki disyaki perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pembantu peribadi 'Datuk' didakwa subahat pembunuhan Bill Kayong
Chin Wui Chung, 50, didakwa bersubahat dengan Lie Chang Loon, Datuk Lee Chee Kiang, yang masih bebas, dan Mohamad Fitri Pauzi, dalam pembunuhan itu.
Polis rampas tujuh senjata api milik 'Datuk' disyaki dalang pembunuhan Bill Kayong
Polis merampas tujuh senjata api milik seorang 'Datuk' yang juga disyaki dalang utama pembunuhan setiausaha PKR Miri Bill Kayong Jun lepas.
Suspek bunuh Bill Kayong turut didakwa cuba membunuh tuai rumah panjang
Polis mengenal pasti empat suspek yang mencederakan Tuai Rumah serta isterinya pada 26 Nov tahun lalu berkaitan isu pertikaian Hak Tanah Adat Bumiputera di Bekelilit, Bekenu di sini.