Seorang pembantu warden sebuah madrasah tahfiz yang ditahan reman sejak 23 April lepas bagi membantu siasatan kes pukul pelajar berusia 11 tahun, dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah hari ini.
Hakim Mahkamah Sesyen, Salawati Djambari membenarkan permohonan polis untuk membebaskan suspek lelaki berusia 29 tahun itu dengan jaminan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebanyak RM20,000.
Terdahulu, suspek, yang berbaju lokap berwarna jingga tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 12.15 tengah hari dengan diiringi dua anggota polis sebelum dibawa masuk ke Bilik Pendaftar Mahkamah Kota Tinggi pada 12.45 tengah hari.
Dia kemudian dibebaskan 15 minit kemudian.
Pada mulanya, Mahkamah Majistret di sini membenarkan suspek ditahan reman empat hari pada 23 April lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010 dan tempoh reman tersebut dilanjutkan pada 27 April untuk tiga hari lagi bagi membantu siasatan.
BACA: Pembantu warden tahfiz terlibat kes dera direman semula
BACA: Kes kematian Thaqif Amin: Madrasah tahfiz tampil beri penjelasan
Kisah pelajar berkenaan, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada 19 April lepas menjadi tular di media sosial selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kaki dipercayai akibat dipukul pembantu warden madrasahnya.
Selepas kedua-dua kakinya dipotong akibat gangren pada 22 April lepas, , tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku.
Namun, pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil.
Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu.
Pembantu warden itu ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat dekat sini pada 22 April selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
Polis kemudian mengklasifikasikan kes kematian pelajar madrasah tahfiz swasta di Kota Tinggi itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2017
Suspek yang berbaju lokap berwarna jingga tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 12.15 tengah hari.
Video aneka juadah dikongsi pempengaruh tarik minat netizen memasak
Baru seminggu umat Islam di negara ini menjalani ibadah puasa, nampaknya ramai yang sudah mula "pening" terutama para ibu apabila memikirkan menu masakan untuk dihidangkan ketika berbuka dan sahur.
Ke mana hala tuju pendidikan negara kalau asyik ditukar-tukar? - Pakar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya meletakkan garis masa keberkesanan sesebuah insiatif pendidikan.
KSM akan kuat kuasa Akta Kerja 1955 sepenuhnya, tiada kompromi
Tegas Menteri Sumber Manusia itu, negara ini ada raja dan undang-undang, tak kira siapa syarikat swasta, kerajaan, negeri mana, dan parti politik mana semua kena ikut undang-undang.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Seludup barang bersubsidi lebih aktif ketika Ramadan, Syawal
Antara barangan dirampas adalah minyak masak pelbagai jenama dan beras yang disyaki dibawa keluar untuk dijual di negara jiran.
JTKSM akan siasat isu aduan melibatkan pelanggaran undang-undang buruh
Jelas Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, piagam pelanggan JTKSM bagi menyiasat dan memaklumkan hasil setiap siasatan aduan adalah 21 hari bekerja daripada tempoh aduan.
Isu stoking: Pihak berkuasa digesa ambil tindakan tegas - Pemangku Sultan Johor
Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bertitah, Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.
Keputusan peperiksaan STAM tahun 2023 pada 26 Mac - KPM
Sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.
Wooi Yik akui Fajar-Rian beraksi lebih baik
Biarpun beberapa kali menukar taktikal permainan, namun Wooi Yik mengakui, pukulan balas berkualiti lawan menyukarkan mereka.
Model baharu GPT dilancar tahun ini - CEO OpenAI
Sam Altman berkata model baharu itu nanti akan menawarkan sesuatu yang jauh lebih baik berbanding GPT-4.
Ahli ekonomi Australia kembali selepas dipenjara hampir 2 tahun di Myanmar
Sean Turnell, yang pernah berkhidmat sebagai penasihat kepada Aung San Suu Kyi, kembali ke negaranya pada Jumaat selepas hampir 21 bulan menjalani hukuman penjara.
Empat sekeluarga maut: Pemandu treler dibebas dengan jaminan polis hari ini
Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan empat sekeluarga Rabu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Siasatan lengkap, pemandu lori dibebaskan dengan jaminan polis
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan ngeri yang menyebabkan seorang pemandu wanita maut di Jalan Chemor-Jelapang.
Pembantu warden madrasah tahfiz bebas dengan jaminan
Seorang pembantu warden sebuah madrasah tahfiz yang ditahan reman sejak 23 April lepas bagi membantu siasatan kes pukul pelajar berusia 11 tahun, dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah hari ini.
Syarikat pelaburan jongkong emas Genneva, 11 individu bebas
Seramai 11 individu dan sebuah syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen.
Aktivis Fahmi Reza dibebaskan selepas ditahan pada Sabtu
Aktivis Fahmi Reza yang ditahan polis ketika menyertai acara KL Alternative Bookfest (KLAB) di Publika Kuala Lumpur, pada Sabtu, telah dibebaskan.