Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembatalan program dialog perdana menteri bersama badan bukan kerajaan (NGO) hari ini bukan atas arahan beliau atau Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat keputusan itu berdasarkan aspek keselamatan susulan maklumat awal akan berlaku beberapa insiden yang tidak diingini pada majlis bertajuk 'Nothing To Hide' itu.
"Pihak polis mendapat maklumat awal akan berlaku beberapa insiden yang akan menyebabkan sesuatu yang tidak positif walaupun tujuan anjuran majlis itu adalah untuk membuka sesuatu yang tidak patut diselindungkan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama ulama Hadis, di sini.
BACA :
Dr M datang tidak dijemput, kata penganjur #Nothing2Hide
#Nothing2Hide: Dialog PM bersama NGO dibatalkan
#Nothing2Hide: Penganjur akan akan umum tarikh baharu 'Dialog PM bersama NGO'
Ahmad Zahid berkata perdana menteri berdukacita dengan pembatalan dialog itu kerana beliau amat komited untuk hadir tetapi telah diberikan pandangan oleh pihak polis bahawa Najib tidak seharusnya hadir atas faktor-faktor keselamatan.
Ditanya mengenai tindakan terhadap penganjur kerana membuka dewan kepada orang ramai walaupun majlis dibatalkan serta tindakan polis menghentikan ucapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahmad Zahid berkata perkara itu akan dijelaskan oleh ketua polis negara pada sidang media petang ini.
"...Saya hanya menyentuh soal dasar. Soal operasi itu saya serahkan kepada ketua-ketua jabatan di bawah kementerian saya," katanya.
Pejabat Perdana Menteri dalam laman Facebooknya Jumaat memaklumkan Najib tidak hadir pada program dialog di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kerana faktor keselamatan atas nasihat ketua polis negara.
Majlis anjuran Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) itu dijadualkan bermula pukul 10 pagi dengan wakil NGO, aktivis dan orang ramai boleh bertanya kepada Najib mengenai semua perkara termasuk isu-isu kontroversi seperti 1MDB dan urusan pembelian tanah oleh Tabung Haji.
Bagaimanapun pada pukul 10.30 pagi, penganjur membatalkan program itu kerana berlaku kekecohan di luar Dewan Tun Hussein Onn sehingga ada individu yang ditahan polis.
Bernama
Fri Jun 05 2015
ZAHID: Pihak polis mendapat maklumat awal akan berlaku beberapa insiden yang akan menyebabkan sesuatu yang tidak positif walaupun tujuan anjuran majlis itu adalah untuk membuka sesuatu yang tidak patut diselindungkan. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.