Keputusan kerajaan membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dibuat selepas mengambil kira semua aspek, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai alasan untuk membuat keputusan sedemikian.
"Saya fikir, beliau mengambil kira banyak perkara...sama ada kita mampu atau tidak, sama ada kos efektif atau tidak.
"Biasanya, HSR bukan mode pengangkutan pilihan kerana kita ada pengangkutan lain seperti penerbangan domestik dan tambah murah," katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran Kemenangan Rakyat di Kompleks Sukan Pantai Eco Park di sini, pada Selasa.
Pada Isnin, Dr Mahathir mengesahkan bahawa Malaysia akan membatalkan projek berkenaan dan mungkin perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta kepada Singapura.
Projek HSR, yang membabitkan laluan sepanjang 335 kilometer dari Kuala Lumpur ke Singapura, dijadualkan siap pada 2026.
Ditanya mengenai status projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Dr Wan Azizah berkata terma-terma yang terkandung dalam kontrak berkenaan adalah 'sangat pelik'.
"Perdana Menteri akan melihatnya kerana kita tidak mahu membayar apa-apa pampasan yang akan menjadi kerugian bagi negara," kata beliau.
Sabtu lepas, Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian dilaporkan berkata bahawa projek ECRL yang sudah bermula kini berjalan lancar dengan kontraktor utama, China Communications Construction Company Ltd, bekerjasama rapat dengan pemilik projek, Malaysia Rail Link Sdn Bhd.
Projek ECRL, yang sepanjang 688 km, menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kota Bharu. Ia dianggarkan menelan belanja kira-kira RM55 bilion dan dijadual siap pada 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 29 2018
Dr Wan Azizah beramah mesra dengan penduduk setempat ketika tiba pada Majlis Kesyukuran Kemenangan Rakyat Parlimen Lembah Pantai, 29 Mei, 2018. Turut kelihatan Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil (tiga, kiri). --fotoBERNAMA
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Pulang semula ke China, Bai Tian harap persahabatan China-Malaysia kekal terjalin
Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Bai Tian pulang semula ke China selepas tamat tempoh perkhidmatan pada Jumaat.
COVID-19 telah kukuhkan hubungan Malaysia-China
Ketika kes COVID-19 memuncak di Malaysia dan China 10 bulan yang lalu, kedua-dua buah negara telah berkongsi pahit getir menempuh pandemik itu bersama-sama.
Bandar Malaysia akan tingkatkan keyakinan perniagaan - Tengku Zafrul
Pelaburan itu juga merupakan bukti keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia dan akan memberi kesan berganda kepada ekonomi Malaysia.
China komited bantu Malaysia perangi COVID-19 - Bai Tian
Ia membuktikan jalinan persaudaraan yang kukuh antara dua negara di mana China membalas jasa baik Malaysia yang membantu republik tersebut dalam berdepan detik gelap pada sebulan yang lalu.
Kumpulan pertama mahasiswa Universiti Xiamen Malaysia tamat pengajian
Graduan mempunyai banyak ruang untuk berjaya kerana universiti tersebut merupakan projek di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road Initiative) antara Malaysia dan China.
Akta Majlis Halal Negara akan diwujudkan 2019
Ketika ini terdapat 342 agensi yang berkaitan aspek halal di bawah jabatan itu, termasuk bahagian kajian, pemasaran serta teknologi dan semuanya perlu diselaraskan di bawah satu bumbung.
Pembatalan projek HSR ambil kira semua aspek - TPM
Beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai alasan untuk membuat keputusan sedemikian.
Duta China temui Robert Kuok berhubung kerjasama China-Malaysia
Pada pertemuan selama satu setengah jam itu, Bai Tian bercakap mengenai sumbangan Kuok kepada pembangunan Malaysia dan perkembangan hubungan China-Malaysia.