Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pembayaran balik GST yang tertangguh mulai 22 Jun - Tengku Zafrul

Pembayaran balik GST yang tertangguh mulai 22 Jun - Tengku Zafrul
Zafrul berkata pembayaran balik GST akan dibuat mulai 22 Jun 2020. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), komited untuk memastikan pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang tertangguh dapat dibuat dalam masa terdekat.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pembayaran balik GST akan dibuat mulai 22 Jun 2020 dan pembayaran kepada semua penuntut dijangka akan selesai dibuat selewat-lewatnya pada akhir Disember 2020.
"Kementerian Kewangan bersetuju untuk JKDM melaksanakan kaedah "bayar dahulu dan audit kemudian bagi syarikat terpilih" berdasarkan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 dan juga kriteria tertentu.

"Sehubungan itu, saya telah mengarahkan pihak JKDM untuk mempercepatkan pemerosesan bayaran balik GST yang tertangguh akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana audit syarikat tidak dapat dibuat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tengku Zafrul berkata kerajaan berharap keputusan ini dapat membantu aliran tunai pelbagai sektorperniagaan dalam tempoh pemulihan ekonomi yang amat mencabar.

"Usaha ini selaras dengan langkah-langkah pemulihan ekonomi yang diperkenalkan melalui PelanJana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020," katanya.

-- BERNAMA


Tag: Zafrul Abdul Aziz, GST, ekonomi, kerajaan, cukai, Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.