awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembayaran BPN secara tunai dilaksanakan hingga 31 Disember

Bernama
Bernama
18/04/2020
21:16 MYT
Pembayaran BPN secara tunai dilaksanakan hingga 31 Disember
Menurut BSN, penerima-penerima BPN kategori ini boleh hadir ke cawangan-cawangan BSN yang beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Foto: Bernama
Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melaksanakan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) secara tunai kepada penerima-penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit bermula 17 April 2020 sehingga 31 Dis 2020.
Menurut BSN, penerima-penerima BPN kategori ini boleh hadir ke cawangan-cawangan BSN yang beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.
Bagaimanapun, jelas BSN penerima-penerima dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu melalui laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri - http://www.hasil.gov.my atau Bantuan Sara Hidup (BSH) -https://bsh.hasil.gov.my dan Kementerian Kewangan Malaysia - https://www.treasury.gov.my sebelum hadir di mana-mana cawangan BSN.
BSN juga sedang giat memantau dan melakukan yang terbaik bagi memastikan proses pembayaran BPN berjalan lancar, katanya.
"Untuk memastikan proses pembayaran BPN dijalankan dengan lebih lancar, BSN telah melanjutkan waktu operasi perbankan pada hari Sabtu dan Ahad (18 serta 19 April 2020) di cawangan-cawangan BSN terpilih di seluruh negara," jelas bank tersebut.
Tambahnya lagi, langkah-langkah keselamatan semasa berada di premis cawangan BSN, amat dipandang berat seperti penjarakan sosial, pemakaian topeng selain melakukan pemantauan suhu badan sebelum memasuki cawangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akau bank
#Bank Simpanan Nasional
#Bantuan Prihatin Nasional
#BPN
#Kementerian Kewangan
#tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan