awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembekal punca harga barang kekal tinggi - Mydin

Luqman Hariz
Luqman Hariz
08/01/2019
07:13 MYT
Pembekal punca harga barang kekal tinggi - Mydin
Ameer Ali berkata undang-undang mewajibkan peniaga menurunkan harga jika pembekal menurunkan harga. -Gambar fail/BERNAMA
Isu harga barang kembali mendapat perhatian baru-baru ini susulan penurunan harga runcit bahan api petroleum pada 5 Januari lalu.
Ini kerana harga petrol dan diesel sering disebut sebagai antara faktor penentu kenaikan harga barang sebelum ini.
Bagaimanapun selepas tiga hari penurunan harga runcit bahan api tersebut, kesannya kepada harga barang masih sukar dilihat.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin berkata ini kerana naik turunnya harga barang tidak boleh dipersalahkan kepada peniaga.
Sebaliknya, kata beliau, sebarang perubahan harga sebenarnya bergantung kepada pembekal dan jaringan pengangkutan.
“Peniaga tak bergantung kepada harga minyak, kami bergantung kepada pembekal kami – susu kita beli daripada mana, ayam kita beli daripada siapa, dan sebagainya.
“Penyedia pengangkutan sepatutnya menurunkan caj pengangkutan secara automatik selepas harga minyak turun, tetapi sehingga kini tiada satu pun penyedia pengangkutan kami yang memberikan harga lebih murah untuk hantar barangan ke cawangan kami di Kota Bharu, di Ipoh, di Johor, atau di mana-mana lagi,” katanya.
Ameer dalam pada itu menafikan dakwaan beliau bersikap berat sebelah apabila menyalahkan pembekal sebagai punca harga barang kekal tinggi.
Katanya, peniaga terbukti bukan punca utama kerana ada undang-undang yang mewajibkan mereka menurunkan harga jualan barang jika pembekal menurunkan harga.
“Di Malaysia kita ada Akta Anti Pencatutan. Mengikut akta tersebut, kalau pembekal turunkan harga, kita peniaga hanya boleh kekalkan margin keuntungan yang sama.
“Kalau kos barang (dijual oleh pembekal) kepada kita turun, kita terpaksa turun harga kita jual.
“Kalau kos kita turun 5 peratus, barang kita akan turun 5 peratus. Kalau kos turun 2 peratus, barang kita akan turun 2 peratus,” katanya.
Beliau seterusnya menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menumpukan pemantauan dan penguatkuasaan mereka kepada pihak yang betul.
“KPDNHEP kena buat operasi bukan pada peniaga, tetapi terhadap para pembekal yang menghantar barang ke pasar raya atau para peruncit.
“Satu-satunya cara untuk kerajaan memastikan harga barang turun adalah dengan terus cekal menguat kuasa pembekal.
“Mereka adalah punca kos barang kekal tinggi,” katanya.
Topic Berkaitan
#Akta Anti Pencatutan
#harga barang
#harga minyak
#kos sara hidup
#KPDNHEP
#MYDIN
#RON95
#RON97
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan