awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembelian hartanah di Melbourne ikut prosedur - Shafie Apdal

Bernama
Bernama
28/06/2015
01:18 MYT
Pembelian hartanah di Melbourne ikut prosedur - Shafie Apdal
MARA Inc. membeli hartanah di Melbourne mengikut prosedur yang ditetapkan, kata Shafie.
MARA Incorporated Sdn Bhd, anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA), membeli hartanah di Melbourne, Australia mengikut prosedur yang ditetapkan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau berkata hanya ada satu perjanjian berhubung pembelian bangunan Dudley International House dan tiada unsur yang menunjukkan harga dinaikkan bagi pembelian hartanah itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar Australia, The Age.
"Kalau ada persoalan berbangkit tentang adanya kenaikan harga, kita ada perjanjian dengan pihak penjual dengan pembeli, berapa (harga) yang dijual, penilaian berapa...jadi, kalau ada tuduhan, kalau ada bukti, mereka boleh mengadu. "Fakta yang mereka sebarkan tidak betul kerana kalau berdasarkan apa yang termaktub dalam perjanjian itu, apa yang perjanjian itu nyatakan adalah betul kecuali ada perjanjian yang lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Parlimen Sungai Petani dan majlis berbuka puasa semalam.
Menurutnya seperti mana yang dijelaskan oleh Pengerusi MARA Tan Sri Anuar Musa baru-baru ini, bangunan itu dibeli pada harga A$22 juta (RM63.7 juta) tetapi kini, harganya semakin tinggi hingga mencecah A$27 juta (RM78.1 juta).
"Maknanya, bangunan milik MARA itu kini jauh lebih tinggi nilainya daripada yang kita beli. Jadi, tiada kerugian dalam pembeliannya...bangunan itu milik sendiri, bukan milik sesiapa dan keuntungannya dimiliki oleh MARA," katanya.
Mohd Shafie berkata pihak pengurusan MARA akan meminta badan antarabangsa untuk menilai tanah dan bangunan itu sebagai langkah menjelaskan perkara itu kepada rakyat.
Selain itu, beliau berkata pihaknya turut memberi kerjasama kepada badan penyiasatan namun menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk penyelewengan.
Ditanya mengenai dakwaan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada kaitan dengan pembelian hartanah itu, beliau menjelaskan: "Mana ada kaitan, beliau pengerusi Majlis Ekonomi yang turut dianggotai banyak menteri... semua setuju meluluskan (pembelian hartanah itu), proses ini melalui penelitian yang terperinci, kita patuhi peraturan."
Baru-baru ini, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan dana kerajaan secara berlebihan untuk membeli satu blok pangsapuri di Melbourne.
Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' telah terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri itu pada 2013.
The Age melaporkan ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan Dudley International House iaitu daripada A$17.8 (RM51.5 juta) juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dan mendakwa wang perbezaan itu dijadikan rasuah di tanah air.
Dudley International House merupakan asrama pelajar yang dibeli MARA, yang turut menyediakan biasiswa untuk penuntut Malaysia yang melanjutkan pengajian di luar negara.
Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat itu di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar MARA di Monash University.
Topic Berkaitan
#Australia
#dudley international
#hartanah
#MARA
#Melbourne
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan