awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemberi maklumat harus guna saluran yang betul - KPN

Syafique Shuib
Syafique Shuib
25/07/2015
06:26 MYT
Pemberi maklumat harus guna saluran yang betul - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak akan membenarkan rakyat dikelirukan oleh orang yang mempunyai motif tersembunyi. -Gambar fail
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pemberi maklumat hanya akan dilindungi undang-undang apabila mereka menggunakan saluran yang betul untuk mendedahkan salah laku.
Tambahnya, pendedahan melalui media hanya akan mengundang hura-hara.
Kenyataan Khalid dibuat sehari selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung permit The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily untuk tempoh tiga bulan berkuatkuasa dari 27 Julai.
The Edge dalam satu kenyataan berkata KDN melalui satu surat telah menyatakan laporan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh kedua-dua penerbitan tersebut ‘memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menimbulkan keresahan umum atau mungkin memudaratkan kepentingan awam dan negara.’
“Tugas polis adalah untuk berkhidmat untuk rakyat dan polis tidak akan membenarkan rakyat dikelirukan oleh orang yang mempunyai motif tersembunyi,” kata Khalid menerusi Twitter.
Whistle Blowers are surely protected under the Msian Laws, provided they come in the proper way, legally @PDRMsia wellcomes genuine WBlowers
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 25, 2015
'Trumpheting' so called 'true revealations' thru the media will only invite misunderstandings, incorrect perceptions and chaos. @PDRMsia
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 25, 2015
@arran9595@PDRMsia Fully agree with you Sir. We serve the Rakyat and will not allow the R'yat to be mislead by people with ulterior motives.
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 25, 2015
Kenyataan beliau di Twitter itu menerima beberapa maklumbalas yang antaranya ingin tahu tentang “saluran yang betul” yang dimaksudkan Khalid:
@KBAB51 @PDRMsia Dear IGP, please show an example how can whistler blower to come in proper way.
— Lawrence Ng (@LawrenceNg_SL) July 25, 2015
@KBAB51 @PDRMsia What is the "proper way"?
— Kan Wai Min (@KanWaiMin_) July 25, 2015
Khalid membalas dan berkata agar mereka membaca tentang Akta Perlindungan Pemberi Maklumat atau bertanyakan kepada peguam masing-masing.
@LawrenceNg_SL @PDRMsia Allow me to suggest that you read the Whistle Blower Act or consult your lawyers.
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 25, 2015
Menurut laman web Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (AKTA 711) dilaksanakan oleh semua agensi yang mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan.
Ia menggalakkan dan memudahkan orang awam untuk mendedahkan sebarang perbuatan rasuah dan salah laku lain yang termasuk di bawah kelakuan tidak wajar di bawah Akta ini.
“Akta ini turut memperuntukkan perlindungan kepada pemberi maklumat iaitu perlindungan melibatkan maklumat sulit pemberi maklumat, perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan serta kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah yang mungkin dihadapi oleh pemberi maklumat setelah membuat pendedahan kepada Agensi Penguatkuasaan,” kata laman web itu.
Topic Berkaitan
#1MDB
#JUSTO
#Khalid Abu Bakar
#pemberi maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan