Rancangan pembinaan sebuah lagi klinik kesihatan di Semenyih akan diteruskan seperti yang pernah dicadangkan biar pun keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata ia perlu direalisasi bagi memastikan penduduk di kawasan itu mendapat kemudahan perubatan kesihatan yang baik.
"Apa yang disebut oleh calon kami sebelum ini adalah sesuatu yang mustahak memandangkan Klinik Kesihatan di pekan Semenyih dan Beranang sudah uzur dan sesak.
"Saya yakin kami akan dapat lokasi tanah dan peruntukan daripada kerajaan negeri untuk menjayakan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Acara 'Run For Rare' di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menetapkan anggaran masa berkaitan pembinaan klinik itu.
Sebelum ini, calon PH Muhammad Aiman Zainali dilapor menjadikan pembinaan hospital di Semenyih sebagai agenda utama jika menang PRK itu memandangkan ia adalah permasalahan paling banyak diutarakan oleh masyarakat setempat.
Bagaimanapun pada 25 Feb lalu, Dr Dzulkefly mencadangkan pembinaan sebuah lagi klinik kesihatan oleh kerana dua klinik di pekan Semenyih dan Beranang tidak boleh diperluaskan kerana kekangan tempatselain penambahbaikan fasiliti Hospital Kajang yang merupakan hospital terdekat di Semenyih.
Semalam, keputusan PRK Semenyih menyaksikan kemenangan Barisan Nasional (BN) apabila berjaya menawan semula kerusi DUN Semenyih selepas calonnya, Zakaria Hanafi memenangi persaingan empat penjuru pada PRK kawasan itu dengan memperoleh 19,780 iaitu majoriti 1,914 undi.
Zakaria menewaskan calon PH Muhammad Aiman Zainali, yang memperoleh 17,866 undi, Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) (847 undi) dan calon bebas yang juga seorang aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 56, (725 undi).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2019
DZULKEFLY: Saya yakin kami akan dapat lokasi tanah dan peruntukan daripada kerajaan negeri untuk menjayakan perkara ini. - Gambar fail
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Cakna kesihatan pelajar sebelum lakukan aktiviti luar kelas - Dzulkefly
Ibu bapa dan guru perlu cakna tentang kesihatan anak-anak dan pelajar sebelum mereka menjalankan aktiviti luar bilik darjah termasuk acara larian merentas desa ketika musim panas ini.
Malaysia laksana program pendidikan kesihatan menyeluruh, pupuk amalan berlandaskan pencegahan
Malaysia melaksanakan program pendidikan kesihatan yang menyeluruh untuk memupuk amalan penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan serta kesedaran kepentingan mendapatkan rawatan perubatan awal.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
Agong berkenan menerima menghadap Fahmi, Dzulkefly
Pada sesi menghadap itu, Fahmi mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai perkembangan media sosial di negara ini.
KKM siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat kegagalan ventilator
KKM menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan seorang pesakit meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berpunca kerosakan mesin ventilator baru-baru ini.
KKM sasar tempoh 4-5 tahun laksana transformasi kesihatan digital
Pelaksanaan transformasi menerusi strategi 'satu individu satu rekod' itu akan dimulakan dengan penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) di setiap fasiliti kesihatan terlibat.
Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dzulkefly
Sebanyak 2,623 kematian akibat tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat dua peratus atau 51 kes berbanding 2022.