Hari pertama persekolahan bagi pelajar kelas peperiksaan awam pada Rabu, setelah hampir tiga bulan sesi persekolahan ditangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19, menyaksikan perasaan bercampur baur bagi warga sekolah.
Pembukaan semula sesi persekolahan melalui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) normal baharu ternyata memberi kelegaan kepada pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan dan pada masa sama masih mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Pemerhatian Bernama di laman sosial mendapati rata-rata masyarakat meluahkan rasa gembira apabila sekolah dibuka namun menasihatkan guru-guru dan para pelajar agar sentiasa mengamalkan SOP yang telah ditetapkan susulan risiko penularan pandemik itu masih wujud.
Pengguna Facebook Azhari Pilus berkata: "Semoga semua sekolah dapat patuhi segala SOP yang digariskan. Pihak sekolah juga kena pastikan pelajar tingkatan lima dan enam atas tidak ambil mudah SOP itu.
"Kejayaan kumpulan perintis pelajar ini boleh meyakinkan kita untuk buka sekolah untuk pelajar tingkatan lain pula, selamat kembali ke sekolah buat guru dan pelajar terbabit," katanya.
Seorang guru, Najemiah Azlin pula mengakui teruja memulakan sesi pengajaran dan berkata suasana persekolahan luar daripada kebiasaan memandangkan setiap pergerakan murid perlu diawasi setiap masa.
"Hari pertama sekolah dibuka berjalan lancar, pelajar ikut SOP cuma kadang-kadang terlepas juga, ada yang nak salam dan peluk. Seronok tengok anak murid dapat sekolah semula belajar walaupun dalam normal baharu. Cikgu-cikgu pun perlu sedia awal pagi untuk ambil suhu pelajar dan sebagainya," menurutnya dalam catatan Facebooknya.
Pelbagai ragam para pelajar turut diluahkan melalui Twitter berhubung hari pertama persekolahan selepas PKP, malah ada yang turut memuat naik gambar mereka di dalam kelas dengan memakai pelitup separuh muka.
Bagi pengguna @syazwani dalam ciapannya berkata: "Hari pertama sekolah, semangatnya lain macam, rasa teruja, sebelum ini tak pernah-pernah pakai 'mask', tapi terpaksa pakai untuk jaga keselamatan, hand sanitizer pun memang dah siap dalam beg, first day sekolah ni memang seronok".
Normal baharu juga membuatkan pelajar teruja setelah telah sekian lama duduk di rumah.
@thatvanillagal berkata: "Dulu masa sekolah beli makanan di kantin sorok bawah tudung tak nak kena tahan dengan pengawas semata-mata nak makan makan dalam kelas".
@Asyrfhmzh pula berkata: "Memang dah lama tunggu sekolah buka, tak best belajar online, kena ada dalam kelas senang kalau tak faham terus tanya cikgu, harap COVID-19 cepat berakhir, rindu juga nak belajar ramai-ramai dalam kelas".
Pada Rabu, seramai 500,444 pelajar daripada 2,440 sekolah menengah yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), serta peperiksaan antarabangsa kembali semula ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran mereka setelah kira-kira tiga bulan terhenti akibat COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 24 2020
Pelajar memakai pelitup muka sebelum memasuki kawasan Sekolah Menengah Presint 11 (1), Putrajaya, pada hari pertama persekolahan di bawah PdP normal baharu susulan pelaksanaan PKPP bagi membendung pandemik COVID-19. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada umat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Polis Kelantan kenal pasti penulis buat hantaran mengenai pedofilia di Tumpat
Polis telah mengenal pasti penulis yang membuat hantaran di media sosial Instagram dan Facebook mengenai kes pedofilia yang membabitkan seorang guru di Tumpat.
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
Azalina saran guru bantu banteras jenayah seksual kanak-kanak
Warga pendidik khususnya guru disaran memberi kerjasama melaporkan kejadian jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekolah.
Tidak salah guna media sosial namun guru diingat patuhi garis panduan KPM
Kementerian Pendidikan memiliki garis panduan berkaitan penggunaan media sosial dalam kalangan guru dan sentiasa memantau keadaan itu.
KPM pelawa guru sertai program pembudayaan STEM - Fadhlina
Guru Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dipelawa menyertai program pembudayaan STEM.
KPM pantau iDME setiap jam, tambah baik dari semasa ke semasa - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memantau Sistem Pengurusan Identiti (iDME) setiap jam bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik.
Guru didakwa raba murid dalam kelas
Kesalahan itu dilakukan di dalam kelas tahun lima sebuah sekolah di Durian Tunggal, Alor Gajah kira-kira pukul 10.30 pagi, 26 Mei 2022.
KPM tambah baik Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu, mudahkan tugas guru
SPPB adalah satu sistem pengurusan pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM.
Langgar guru: Polis tunggu laporan kimia, Puspakom pemandu mabuk
Suspek telah dibebaskan dengan jaminan sebaik sahaja tempoh reman selama tiga hari berakhir pada Isnin.
Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman guru, petugas UM wajibkan ambil vaksin COVID-19
Mahkamah Tinggi menolak dua permohonan semakan kehakiman difailkan oleh lima guru sekolah dan 19 petugas UM terhadap pekeliling kerajaan yang mewajibkan mereka mengambil vaksin COVID-19.