awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan Kim Jong-Nam: Ucapan pertama Siti Aisyah selepas dibebaskan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/03/2019
06:14 MYT
Pembunuhan Kim Jong-Nam: Ucapan pertama Siti Aisyah selepas dibebaskan
Siti Aisyah bebas tanpa dilepaskan oleh mahkamah hari ini. - Gambar fail
Tiada kata yang dapat diucapkan oleh Siti Aisyah, 26, bagi menggambarkan betapa gembiranya beliau apabila detik yang ditunggu selama ini akhirnya termakbul hari ini. Selepas hampir setahun ditahan dan dituduh atas dakwaan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, gadis berasal dari Serang, Indonesia itu kini mampu mengukir senyuman apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini melepaskan beliau tanpa membebaskan. Dalam sidang media pertama beliau sejurus selepas dibebaskan, Siti Aisyah yang memakai tudung berwarna merah jelas tidak dapat menahan sebak dan hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat termasuk pemimpin dari Indonesia dan Malaysia kerana membebaskan beliau, hari ini. “Perasaan saya sangat bahagia dan tidak menyangka kerana hari ini saya telah dibebaskan.
BACA: Pembunuhan Kim Jong-Nam: Siti Aisyah dilepas tanpa bebas “Terima kasih kepada Presiden saya (Joko Widodo), terima kasih kepada menteri-menteri, dan kedutaan Indonesia yang telah melantik peguam dari Malaysia. “Juga terima kasih kepada pemimpin di Malaysia kerana membebaskan saya,” katanya dalam sidang media, pada Isnin.
Ketika ditanya oleh pemberita perkara pertama yang akan dilakukan oleh beliau selepas dibebaskan, Siti Aisyah berkata, "saya mahu bertemu dengan keluarga." Mengikut pertuduhan, Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong didakwa membunuh Jong-Nam bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Sepang kira-kira jam 9 pagi, 13 Februari 2017. Jong-Nam didakwa dibunuh dengan senjata kimia maut iaitu agen saraf VX.
Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Untuk rekod, istilah dibebaskan tanpa dilepaskan bermaksud pendakwa raya boleh jika mahu untuk mendakwa semula tertuduh.
Topic Berkaitan
#Agen Saraf VX
#bunuh
#Don Thi Huong
#Indonesia
#Kim Jong-nam
#Kim Jong-un
#Korea
#mahkamah
#Mahkamah Tinggi Shah Alam
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#siti aisyah
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan