awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
Bursa Malaysia ditutup tinggi naik 0.63 peratus disokong kenaikan saham teknologi
Selangor FC lantik Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemegang amanah Kuil Sri Mariamman daripada yang berwibawa - Waytha Moorthy

Bernama
Bernama
15/12/2018
21:00 MYT
Pemegang amanah Kuil Sri Mariamman daripada yang berwibawa - Waytha Moorthy
Beliau berkata setakat ini belum ada calon untuk dilantik sebagai pemegang amanah berkenaan. - Gambar fail
Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy berkata pemegang amanah bagi menguruskan Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, akan dilantik dalam kalangan individu yang berwibawa.
Menurutnya, Peguam Negara Tommy Thomas telah mengadakan perbincangan dengan semua peguam yang terlibat dalam kes kuil itu terutamanya pihak-pihak yang telah menfailkan tindakan di mahkamah.
"Isu ini sudah menjadi sangat serius dan perkara ini tidak boleh lagi dibiarkan kepada dua pihak yang bertentangan (pentadbir kuil dan pemaju).
"Jadi peguam negara menyatakan hasrat beliau di bawah Seksyen 9 Akta Prosiding Kerajaan 1956 (untuk melantik pemegang amanah bagi menguruskan amanah dan kuil itu) dan memandangkan ada tawaran daripada pemaju untuk serah kembali kepada kerajaan negeri, maka beliau (Thomas) akan guna kuasa beliau... dengan persetujuan mahkamah untuk melantik pemegang amanah bagi mengendalikan pentadbiran kuil," katanya.
Beliau yang ditemui pemberita selepas melawat beberapa perkampungan Orang Asli di sini pada Sabtu.
Bagaimanapun beliau berkata setakat ini belum ada calon untuk dilantik sebagai pemegang amanah berkenaan.
"Belum lagi kerana masih di peringkat awal," katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Thomas semalam yang berkata beliau akan memohon kepada Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 9 Akta Prosiding Kerajaan 1956 untuk melantik pemegang amanah bagi menguruskan amanah dan kuil itu.
Menurut Thomas, Mahkamah Tinggi akan melantik pemegang amanah daripada seorang yang mempunyai reputasi yang baik dan berintegriti serta boleh diterima oleh semua pihak yang bertelagah sebagai pegawai mahkamah yang mempunyai kawalan terhadap pemegang amanah kuil.
Katanya pada masa yang sesuai Mahkamah Tinggi akan diminta memindahkan hak milik kuil itu kepada pemegang amanah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amanah
#calon
#kerajaan
#Kluang
#mahkamah
#menteri
#Orang Asli
#Peguam Negara
#Perdana Menteri
#Subang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan