Pemegang Pas Jangka Panjang di negara ketiga serta diplomat dibenar keluar negara dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula Rabu lepas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Bagaimanapun kata Hamzah, pemegang pas jangka panjang di negara ketiga itu dibenarkan keluar negara dengan syarat mereka tidak pulang ke negara ini sebelum 31 Mac ini dan perlu mengemukakan dokumen atau bukti yang kukuh sebagai rujukan di kaunter pemeriksaan.
"Bagaimanapun, warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang ingin keluar negara atas tujuan lawatan sosial adalah tidak dibenarkan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu, Hamzah menegaskan warganegara asing tidak dibenarkan masuk ke negara ini dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Ini termasuk pemegang pas seperti Pas Lawatan Kerja Sementara, Pas Penggajian (Pas Ekspatriat), Pas Pelajar, Pas Tanggungan (kepada Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang) dan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (MM2H).
"Sekiranya pas tamat tempoh semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan pemegang pas berada di luar negara, mereka dibenarkan kembali semula ke negara ini dalam tempoh tiga bulan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.
"Mereka dikehendaki memperbaharui pas dalam tempoh 30 hari dari tarikh masuk ke Malaysia," katanya.
BACA: Perintah Kawalan Pergerakan: Soalan lazim berhubung pengangkutan darat, laut dan udara
Bagaimanapun, beliau berkata suami, isteri dan anak kepada rakyat Malaysia dibenarkan masuk dengan syarat mempunyai Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (Suami/Isteri) dan Pas Tanggungan serta menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari.
"Diplomat asing yang bertugas di perwakilan dalam negara dibenarkan masuk dan menjalani kuarantin sendiri dan sekiranya pasangan atau keluarga diplomat ingin masuk bersama ke Malaysia, mereka perlu mempunyai Pas Tanggungan.
"Pemegang Pas Ekspatriat yang terlibat dalam perkhidmatan penting (mengikut kes tertentu) perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Imigresen terlebih dahulu dan menjalani kuarantin sendiri, kelulusan perlulah diperoleh sebelum berlepas ke Malaysia," katanya.
BACA: Perintah Kawalan Pergerakan: Soalan lazim kepada sektor penerbangan, Malaysia Airports
Bagi warganegara asing yang berada dalam negara dan memegang pas lawatan jangka pendek serta jangka panjang, Hamzah berkata mereka dibenarkan pulang ke negara asal melalui pintu-pintu masuk utama sekiranya pas telah tamat.
"(Mereka juga boleh) melanjutkan tempoh pas sedia ada dan pembaharuan hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tamat.
"(Sekiranya berhasrat) pulang ke negara asal atau negara transit tetapi tidak mendapat kebenaran daripada negara tersebut atau ketiadaan penerbangan keluar, (mereka) hendaklah memohon Pas Khas dengan kadar segera selepas tempoh perintah kawalan pergerakan tamat," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata rakyat Malaysia serta penduduk tetap yang hanya transit di sempadan Malaysia-Brunei dibenarkan masuk dan keluar mengikut arahan Pihak Berkuasa Negeri yang sedang berkuat kuasa.
BACA: Perintah Kawalan Pergerakan M'sia: Singapura harapkan sedikit kefleksibelan
Rakyat Malaysia, penduduk tetap atau warganegara asing yang memandu kenderaan berat untuk tujuan membawa barangan berkaitan perkhidmatan penting/barangan komersial adalah dibenarkan keluar dan masuk serta dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan.
"Warganegara Malaysia dan penduduk tetap Malaysia yang menggunakan perkhidmatan kereta api di Padang Besar, Woodland Train Check Point (WTCP) dan Johor Bahru Sentral hanya dibenarkan untuk masuk ke Malaysia sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 20 2020
Bagi warganegara asing yang berada dalam negara dan memegang pas lawatan jangka pendek serta jangka panjang, mereka dibenarkan pulang ke negara asal melalui pintu-pintu masuk utama sekiranya pas telah tamat. - Gambar hiasan
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
DAP umum calon pada Rabu
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.