Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pemegang pas lawatan sosial tinggal lebih masa tidak perlu pas khas untuk pulang

Pemegang pas lawatan sosial tinggal lebih masa tidak perlu pas khas untuk pulang
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, warga asing berkenaan boleh meninggalkan negara ini melalui Pintu Masuk Negara dengan melaporkan diri di kaunter Imigresen bersama dokumen perjalanan yang sah. - Bernama
PUTRAJAYA: Warga asing, yang memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS), yang telah tinggal lebih masa mulai 1 Januari 2020 sehingga 14 hari bekerja selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dibenarkan pulang ke negara asal tanpa perlu mendapatkan Pas Khas (SP) di pejabat Imigresen.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, warga asing berkenaan boleh meninggalkan negara ini melalui Pintu Masuk Negara dengan melaporkan diri di kaunter Imigresen bersama dokumen perjalanan yang sah dan maklumat mereka akan diambil serta direkodkan.
"Mereka yang meninggalkan negara dalam tempoh yang dinyatakan ini tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan tidak disenarai hitamkan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Bagaimanapun, warga asing pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang tamat tempoh tidak boleh menggunakan kemudahan itu dan masih perlu mengikut peraturan sedia ada untuk pulang ke negara asal.
Warga asing berkenaan yang tidak pulang ke negara asal dalam masa 14 hari bekerja selepas tamat PKP perlu merujuk dan mendapatkan pembuktian dari kedutaan masing-masing tentang justifikasi tidak dapat meninggalkan negara ini atau berhadapan dengan tindakan penguatkuasaan dan akan disenarai hitam, katanya.

-- BERNAMA


Tag: Imigresen, warga asing, Pas Lawatan Sosial, Pas Lawatan Kerja Sementara, Pas Khas



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.