awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemergian 'Iron Lady' kehilangan besar kepada UMNO - TPM

Bernama
Bernama
05/10/2017
01:53 MYT
Pemergian 'Iron Lady' kehilangan besar kepada UMNO - TPM
Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya. - Gambar Bernama.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Datuk Dr Maznah Hamid satu kehilangan yang besar buat UMNO, khususnya Pergerakan Wanita UMNO.
Menurut beliau, Allahyarham yang juga Exco Wanita UMNO banyak memberikan sumbangan bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga di peringkat nasional.
"Kita merasakan Allahyarham adalah seorang pakar motivasi yang memberikan semangat bukan sahaja kepada anak-anak muda dan para usahawan, malah kepada mereka yang menjadi pemangkin kepada satu gerakan kesedaran baharu yang dibawanya.
"Saya mengenali Allahyarham ketika saya masih bekerja di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ketika itu Allahyarham adalah pakar motivasi dan saya amat kagum dengannya," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya di sini, malam tadi.
Maznah, yang mendapat jolokan 'Iron Lady' dalam dunia korporat negara, menghembuskan nafas terakhir pada 6 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung susulan pembedahan jantung pada 28 Sept lepas.
Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd dilaporkan menjalani pembedahan jantung selepas dua saluran pada injap jantungnya tersumbat.
Turut hadir menziarah jenazah Allahyarham ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Exco Wanita UMNO
#iron lady
#Maznah Hamid
#Securiforce Sdn Bhd
#Timbalan Perdana Menteri
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan