awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan Bersatu: Muhyiddin dicabar Mukhriz

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/03/2020
10:29 MYT
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin dicabar Mukhriz
Muhyiddin bakal dicabar Mukhriz Mahathir bagi jawatan presiden Bersatu.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berhadapan pertandingan tiga penjuru bagi mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang dijangka berlangsung pada Jun depan.
Selain Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Muhyiddin yang juga Perdana Menteri, akan dicabar oleh Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Cheras, Mohd Faiz Azlee Sham, yang menghantar borang pencalonannya di ibu pejabat parti, pada Isnin.
Bagi jawatan Pengerusi Bersatu pula, Tun Dr Mahathir Mohamad, secara tidak rasmi menang tanpa bertanding apabila tiada sesiapa menghantar borang bagi mencabarnya selepas tempoh pencalonan ditutup jam 3 petang tadi.
Sementara itu, penyandang Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman pula akan dicabar penyandang exconya, Muzzammil Ismail serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.
Bagi jawatan Ketua Srikandi, Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Rina Mohd Harun akan dicabar tiga calon iaitu Azlina Mehtab Mohd Ishaq, Zuhuraina Makmur dan Datin Iza Ismail.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata tarikh pemilihan yang sebelum ini dijadualkan bermula pada 18 April, ditangguhkan kepada Jun atas arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) susulan perkembangan situasi wabak COVID-19.
"Kita akan tengok dahulu keadaan bagaimana (keadaannya) sebelum tentukan tarikhnya (pemilihan). Saya tak mahu bagi apa-apa jangkaan sebab wabak ini satu pandemik, apa sahaja boleh jadi.
"Kementerian Kesihatan akan beri nasihat, begitu juga ROS yang akan keluarkan arahan mengikut nasihat daripada KKM. Jadi kita tunggu dan ikut arahan yang dikeluarkan," katanya.
Biarpun jangka masa berkempen menjadi lebih lama bagi calon, Syed Hamid meminta mereka supaya sentiasa peka dengan arahan dan nasihat pihak berwajib seperti ROS dan Kementerian Kesihatan untuk mengelakkan sebarang masalah.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#calon
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#Mahathir Mohamad
#Muhyiddin Yassin
#Mukhriz Mahathir
#pemilihan
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan