awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan parti: RoS beri UMNO sehingga April 2019

Hakim Rahman
Hakim Rahman
19/05/2018
10:45 MYT
Pemilihan parti: RoS beri UMNO sehingga April 2019
Penangguhan boleh dilakukan tidak lebih daripada 18 bulan daripada tarikh sepatutnya diadakan iaitu pada 30 April 2018. - Astro AWANI/Fail
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa pemilihan seluruh jawatankuasa termasuk Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata RoS bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa dengan merujuk kepada Fasal 10.16 Perlembagaan Pertubuhan.
"Fasal itu membenarkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi dalam tempoh yang tidak lebih daripada 18 bulan dari tarikh yang sepatutnya diadakan iaitu pada 30 April 2018.
"Selaras dengan itu, Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO dimulakan pada 19 Mei 2018 (Sabtu) sehingga 10 Jun (Ahad) 2018," katanya dalam kenyataan.
Mesyuarat UMNO di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun 2018 (Sabtu) dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.
Tengku Adnan berkata, UMNO telah menerima kebenaran daripada RoS yang memaklumkan berhubung lanjutan pemilihan itu melalui surat bertarikh 31 Okt 2017.
Topic Berkaitan
#majlis tertinggi
#Pemilihan UMNO
#pemuda
#Tengku Adnan Tengku Mansor
#UMNO
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan