awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Pengundi berang proses undi cabang Pandan lewat bermula

Bernama
Bernama
28/10/2018
04:38 MYT
Pemilihan PKR: Pengundi berang proses undi cabang Pandan lewat bermula
Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) beratur untuk mengundi bagi pemilihan PKR Cabang Pandan di Dewan MPAJ hari ini. - Foto Bernama
Belum pun bermula, pemilihan PKR di cabang Pandan sedikit panas apabila pengundi mula berang kerana pusat pengundian lambat dibuka pagi ini.
Pengundi yang tiba sejak pukul 9 pagi terpaksa menunggu kira-kira hampir dua jam apabila pusat pengundian di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Taman Chempaka hanya dibuka pada pukul 10.40 pagi.
Difahamkan proses pengundian tertangguh akibat ketiadaan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi mengawal keselamatan pusat berkenaan.
Sebelum itu, pengundi mula menjerit apabila mereka terpaksa berhimpit di luar pagar dengan ada antara mereka menyatakan telah menunggu lama kerana ada banyak urusan harian yang perlu diselesaikan.
Calon Timbalan Presiden Mohd Rafizi Ramli yang tiba pada pukul 10 pagi juga terpaksa menunggu untuk mengundi di cabang berkenaan.
Sementara itu di cabang Ampang, pengundian hanya bermula pukul 10.50 pagi akibat masalah teknikal.
Calon Ketua Cabang yang juga calon Naib Presiden Zuraida Kamaruddin yang tiba pada pukul 9 pagi di pusat pengundian bertindak memberi panduan kepada pengundi agar pengundian berjalan lancar.
Fasa ketiga pengundian di negeri Selangor hari ini melibatkan enam cabang iaitu Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ampang
#Ampang Jaya
#cabang Pandan
#calon
#Kuala Selangor
#Malaysia
#pemilihan
#pengundian
#PKR
#presiden
#Rafizi Ramli
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan