Haider Yutim
Tue Apr 08 2014
PETALING JAYA: Kempen menjelang pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyaksikan tiga calon mereka iaitu Datuk Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar bergabung bagi membentuk sebuah pasukan bagi merebut jawatan yang dipertandingkan.
Menurut Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR, kempen yang bertemakan 'Masa Depan Bersama' adalah satu iltizam serta hasrat untuk mengundang pengembelengan kekuatan dan potensi luar dan dalam parti.
"Pemilihan parti harus ditampilkan barisan kepimpinan yang melihat bahawa kekuatan parti boleh dibina dengan memanfaatkan dan mengembeleng potensi luar dan dalaman parti bagi mendepani cabaran kemungkinan pemenjaraan Anwar," kata beliau dalam sidang media kempen tersebut, pada Selasa.
Selain itu, Saifuddin juga menegaskan hasratnya tidak akan berundur dari bertanding jawatan timbalan presiden di mana beliau akan berdepan penyandang jawatan tersebut, Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, naib presiden PKR, Tian Chua, Datuk K. Ramachandram dan Murali Subramaniam.
"Hari ini saya ingin mengumumkan pendirian muktamad saya bertanding sebagai timbalan, sebagai satu kesinambungan khidmat dan sumbangan saya kepada parti bersama rakan-rakan melalui kerangka pemilihan parti yang demokratik.
"Pendirian ini saya ambil sebagai penyataan serius masa depan bersama dalam perjuangan parti dalam mewujudkan kerajaan yang baik, berakauntibiliti, berintegriti, mendaulatkan hukum dan melaksana keadilan, mempertahankan hak asasi serta mukaramah insianiah," kata Saifuddin.
Menurut Rafizi yang bakal bertanding sebagai naib presiden pula, gabungan mereka itu adalah berdasarkan keserasian mereka dalam parti serta kepercayaan yang diberikan rakyat kepada mereka.
"Pengundi di luar mahu mendapat satu isyarat bahawa kalau kepercayaan hendak diberi kepada Keadilan sebagai satu parti politik, mereka perlu rasa dekat dan selesa.
"Dengan pimpinan-pimpinan yang ada... jadi sebab itu kita membuat keputusan untuk menawarkan diri supaya kita dapat teruskan agenda yang dibawa iaitu suara rakyat itu perlu dibawa dalam (parti) Keadilan," katanya.
Selain itu Nurul Izzah, yang merupakan seorang lagi calon naib presiden dan juga penyandang jawatan tersebut berkata, langkah membentuk pasukan menunjukkan PKR mengamalkan kepimpinan bersama.
Pasukan tersebut dijadualkan akan menjelajah seluruh negara mulai esok hingga 25 April. Antara tempat-tempat yang akan dijelajahi termasuk Kangar, Permatang Pauh, Bagan Datoh, Selangor, Pandan, Negeri Sembilan, Melaka, Muar, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Temerloh, Indera Mahkota, Kuching dan Miri.
Jelasnya, mereka sedar bahawa mereka tidak boleh berdiri seorang diri bagi menghadapi pemilihan parti itu yang akan diadakan tidak lama lagi.
16 calon akan merebut tiga jawatan Naib Presiden selain Nurul Izzah dan Rafizi iaitu Fuziah Salleh dan Shamsul Iskandar Md Akin.
Selain bertanding jawatan timbalan presiden, Tian Chua juga turut mempertahankan jawatan naib presiden.
Tiga calon diumumkan akan bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).
ADUN Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan ADUN Batu Caves Aminuddin Shaari serta Naib Ketua AMK merupakan calon yang bakal merebut jawatan Ketua AMK.
Sementara ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang merupakan penyandang jawatan Ketua Wanita PKR akan ditentang oleh ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail.
Seramai 78 calon akan bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan hanya 20 calon akan dipilih untuk jawatan MPP PKR.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Lawatan rasmi PM Anwar buka ruang perkukuh hubungan Malaysia-Australia
Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Australia menandakan satu peristiwa penting dalam usaha mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Tiada dokumen pengenalan diri, halangan anak jalanan 'terbang' tinggi
Apakah usaha yang dilakukan kerajaan untuk komuniti minoriti ini mencipta kejayaan belum memadai?
Hala tuju UUM, mahu berada di kedudukan teratas Top Business School
Untuk memperkukuh keterlihatan UUM di peringkat global, hala tuju kedua ditetapkan adalah memperkasa kerjasama strategik antarabangsa.
KDN galak IPT anjur program kesedaran keselamatan awam
Usaha itu penting dalam memastikan pemupukan budaya keamanan, toleransi seterusnya menggalakkan perpaduan sosial dengan menolak keganasan serta ekstremisme.
PRK Kemaman: Pengundi muda kini lebih matang, mahu suara diwakili calon tepat
Berhadapan pilihan raya ketiga di Kemaman dalam masa setahun, kelompok pengundi muda di Parlimen ini sedar "jari" mereka mempunyai kuasa besar yang ditagih calon bertanding.
SIC, ZK Racing bincang masa depan Damok
Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan mengadakan perjumpaan bersama pengurus pasukan ZK Racing Zulfahmi Khairuddin bagi membincangkan masa depan pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman.
LTdL: PKBM, MSN perlu duduk semeja tentukan hala tuju pelumba - Jurulatih
Semangat juang tinggi serta keupayaan pelumba kebangsaan menyaingi pasukan WorldTeam dan ProTeam pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 diharap mampu membuka lembaran positif buat mereka.
Iran perkenal undang-undang berkaitan tudung kontroversi
Hukuman termasuk denda dan juga penjara, akan dikenakan di Iran pada masa depan kepada wanita yang melanggar syarat ketat untuk bertudung, lapor agensi berita (dpa) Jerman.
PRN: Tun M seru orang ramai keluar mengundi, tentukan kerajaan negeri dan masa depan
PRN kali ini, kata Dr Mahathir, platform penting bagi rakyat yang terlibat untuk menentukan masa depan mereka lima tahun akan datang.
Misbun sedia akur dengan keputusan BAM
Datuk Misbun Sidek bersedia menerima apa jua keputusan yang ditetapkan oleh BAM berhubung masa depannya di Akademi Badminton Malaysia (ABM).