Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menahan pemilik laman sesawang yang menjual animasi muslimah berunsur lucah di Subang Jaya, awal pagi Khamis.
Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM Zulkarnain Mohd Yasin berkata hasil siasatan dengan kerjasama polis mendapati suspek disyaki melukis sendiri animasi berunsur lucah untuk dijual kepada pembeli terutama pelajar sekolah dengan harga serendah RM2.
"Beberapa kelengkapan komunikasi milik suspek turut disita dan dirampas termasuk telefon bimbit serta kad sim, 'pen drive', cakera keras, komputer riba, komputer meja dan modem," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata rakaman percakapan suspek turut diambil bagi membantu siasatan.
Zulkarnain menjelaskan serbuan dijalankan berdasarkan aduan awam tentang penggunaan aplikasi Internet untuk pemberian kandungan lucah bagi tujuan komersial.
Beliau berkata lukisan animasi muslimah yang berunsur lucah itu adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam serta nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
Katanya, SKMM memandang serius penyalahgunaan perkhidmatan aplikasi dan akan mengambil tindakan sewajarnya di bawah seksyen 233(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
"Tindakan juga boleh diambil di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang mana hukuman yang diperuntukkan ialah penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Zulkarnain menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawal selia kendiri ketika menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet secara bijak dan tidak menjalankan aktiviti negatif.
Bernama
Fri Sep 04 2015
hasil siasatan dengan kerjasama polis mendapati suspek disyaki melukis sendiri animasi berunsur lucah untuk dijual
Status kemajuan pembinaan 18 pesawat pejuang FA-50M TUDM capai 26.7 peratus
Status kemajuan terkini pembinaan 18 pesawat pejuang ringan FA-50M bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini telah mencapai 26.7 peratus, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Pemborong didenda RM10,000 jual ayam melebihi harga maksimum
Padah menjual ayam standard melebihi harga maksimum ditetapkan Oktober tahun lepas, seorang pemborong didenda RM10,000.
Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit buat masa ini - Menteri
Kerajaan tidak merancang untuk menambat ringgit pada masa ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Matrade kembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris - Tengku Zafrul
Matrade mengembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Perancis, Sepanyol, Portugal dan Monaco.
[TERKINI] 'Tempoh bulan madu hampir tamat' - Sultan Ibrahim
Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah bahawa kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan baginda memegang tampuk ketua negara.
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja
Kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan, termasuk parti politik jika berlaku perlanggaran hak pekerja.
PKS, syarikat pemula digalak mohon geran LiKES - TalentCorp
PKS dan syarikat pemula termasuk yang beroperasi di luar bandar digalakkan untuk memohon Geran Padanan Latihan Industri untuk PKS (LiKES).
Skim baharu tangani isu beras akan diumumkan minggu ini Topik: Sidang Parlimen
Kerajaan akan mengumumkan satu skim baharu bagi mengangani isu beras di Malaysia.
Kutipan hasil NPI sebanyak RM311.8 juta - Menteri Pengangkutan
Jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke, jumlah keseluruhan kutipan hasil daripada tawaran jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) RM311.8 juta. Katanya penjualan NPI bermula 2019 dan bidaan melalui NPI bermula pada 2023 dengan nombor siri M-M memperoleh hasil sebanyak RM21 juta .
UniSZA berjaya kumpul sumbangan RM216,000, sedia juadah berbuka percuma
Warga UniSZA mengumpul dana sebanyak RM216,000 bagi melaksanakan program agihan juadah berbuka puasa secara percuma sepanjang Ramadan ini.
Pemilik laman sesawang animasi muslimah berunsur lucah ditahan
Hasil siasatan dengan kerjasama polis mendapati suspek disyaki melukis sendiri animasi berunsur lucah untuk dijual kepada pembeli terutama pelajar sekolah dengan harga serendah RM2.