Majlis rasmi kerajaan wajib menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam usaha memartabatkan bahasa itu sebagai bahasa ilmu, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kekangan dihadapi dalam memartabatkan bahasa rasmi negara itu bukan bantahan atau kecurigaan daripada pihak tertentu, sebaliknya pemimpin dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir masa ini harus menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi dalam usaha tersebut.
Baru-baru ini, katanya, sebuah kementerian telah mengendali sebuah sidang mengenai hal ehwal nasional yang turut dihadiri oleh beberapa duta asing dan ia dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris termasuk doanya.
"Saya menegur dengan baik menteri berkenaan dengan menyatakan perlu kita betulkan pendekatan ini kerana program kerajaan terutama libatkan program kebangsaan seharusnya dalam bahasa Melayu," katanya di Ayer Keroh, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis penutup Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Nusantara Sempena Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2019 yang dirasmikan Ketua Menteri, Adly Zahari.
Anwar berkata terdapat juga sidang media oleh pemimpin dan dianjurkan kerajaan yang mana bahasa digunakan bercampur aduk dalam bahasa Melayu serta Inggeris, yang mana ini tidak menggambarkan pendirian tegas kerajaan PH dalam memartabatkan bahasa Melayu.
"Saya mengesyorkan kepada semua mereka mulakan sidang dalam bahasa Melayu yang lengkap kemudian kalau ada keperluan menjawab persoalan dalam bahasa Inggeris ataupun sidang antarabangsa, bicara dalam bahasa Inggeris.
"Tetapi sekiranya kita beri contoh penguasaan bahasa yang begitu lemah dan kemudiannya menjelaskan hal penting bahasa Melayu dicampur aduk Inggeris ini (tunjuk) bahasa Melayu tidak mampu mengungkap permasalahan yang lebih rencam dan canggih," katanya.
Beliau berkata bahasa Melayu dihormati di negara ini sebagai bahasa sastera dan budaya, bagaimanapun, tidak sebagai sebuah bahasa ilmu terutamanya melibatkan bidang sains, teknologi maklumat dan kecerdasan buatan.
Katanya, dalam memartabatkan bahasa Melayu tidak timbul isu mengetepikan bahasa Inggeris, bagaimanapun beliau menegaskan penguasaan bahasa Melayu itu perlu dikembangkan sebelum usaha mengembangkan bahasa Inggeris di negara ini dilaksanakan.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, berkata apa yang diutarakannya itu adalah dasar kebangsaan dan bukan pandangan peribadinya semata-mata, justeru dasar itu perlu ditegaskan kepada semua kepimpinan kerajaan PH.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 14 2019
ANWAR: Bahasa Melayu dihormati di negara ini sebagai bahasa sastera dan budaya, bagaimanapun, tidak sebagai sebuah bahasa ilmu terutamanya melibatkan bidang sains, teknologi maklumat dan kecerdasan buatan. - Gambar fail
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Undang-undang larang lompat parti: Satu kemenangan rakyat - Anwar
Rang undang-undang berkaitan larangan tukar parti yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam merupakan satu kemenangan kepada rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
'Isu penggunaan chopstick mengingatkan saya kepada Imam Daud Ting..' - Anwar
"...beliau yang merupakan penterjemah Al-Quran ke Bahasa Mandarin telah menghadiahkan chopstick kepada saya..." -kongsi Anwar
PRN Melaka: Tolong fikirkan nasib nelayan, kata Anwar mengenai projek tambakan laut
Sebarang projek tambakan laut di negeri ini tidak seharusnya berlaku sehingga menjejaskan nasib golongan nelayan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen BN, PN, GPS menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini - Sumber
Sesi menghadap itu bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong mendapatkan pengesahan tentang calon Perdana Menteri kesembilan yang telah dipilih.
Raikan kehadiran Muharram dengan semangat hijrah demi perubahan - Anwar
Anwar menyeru agar kisah-kisah suci seperti yang ditonjolkan oleh Nabi dan sahabatnya dijadikan iktibar untuk membuka lembaran baharu.
Raikanlah Aidilfitri secara sederhana - Anwar Ibrahim
Ujar beliau, walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, namun jangan pernah lupa untuk terus berbuat kebaikan.
Anwar minta SPRM telus siasat dakwaan sogokan, ugutan libatkan 'Menteri Kanan'
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta SPRM lebih telus dalam menyiasat dakwaan terdapat sogokan dan ugutan yang melibatkan seorang 'Menteri Kanan'.
Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri daripada mendengar rayuan Anwar
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembatalan saman beliau berhubung sabitan dalam kes liwat.
PH mohon perkenan Agong, segerakan sidang Parlimen
Anwar berpendapat sidang Parlimen perlu dijalankan segera bagi membawa beberapa perkara penting berkaitan rakyat.
Teruskan dengan norma baharu walaupun sudah terima vaksin - Anwar
Rakyat Malaysia harus terus mengubah suai tata hidup, walaupun individu berkenaan sudah menerima vaksin bagi mengelak jangkitan baharu, ujar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.