awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN lanjut tempoh permohonan pekerja asing hingga Mac 2026, majikan digesa mohon tanpa bantuan ejen
[KOLUMNIS] Alumni hebat bermula dengan pengalaman bermakna di kampus
SoftBank lengkapkan pelaburan AS$40 bilion dalam OpenAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Malaysia tidak boleh terlibat gaya hidup songsang, luar tabii

Astro Awani
Astro Awani
22/09/2018
10:46 MYT
Pemimpin Malaysia tidak boleh terlibat gaya hidup songsang, luar tabii
TUAN IBRAHIM: Pas tegas dengan prinsip bahawa sesiapa sahaja yang dipilih sebagai pemimpin negara Malaysia mestilah mempunyai akhlak yang baik dan budiman. - Gambar fail
Pemimpin perlu menjadi model baik bagi rakyat yang dipimpinnya dan ia bertanggungjawab di dunia dan akhirat, termasuk tidak boleh terlibat dengan gaya hidup songsang atau luar tabii.
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
“Pas dengan ini tuntas menolak sebarang cadangan atau tindakan dalam apa jua bentuk bagi mempertahankan amalan LGBT, termasuk mempertikaikan undang-undang yang bertujuan untuk mencegah dan menghukum mereka yang terlibat dengan amalan LGBT.
“Pas tegas dengan prinsip bahawa sesiapa sahaja yang dipilih sebagai pemimpin negara Malaysia mestilah mempunyai akhlak yang baik dan budiman dan tidak terlibat langsung dengan gaya hidup songsang dan luar tabii,” ujar beliau.
Tambahnya, pemimpin yang dipilih haruslah berakhlak mulia, berintegriti dan mempromosi gaya hidup fikrah semulajadi yang telah ditentukan oleh Allah.
BACA: LGBT tidak diterima di Malaysia - Tun Mahathir
Dalam pada itu, Pas menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Malaysia tidak boleh menerima sepenuhnya nilai-nilai hak asasi manusia diamalkan di negara-negara Barat.
Itu termasuk pihak yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta perkahwinan sejenis.
Pas juga menyambut positif ketegasan Tun Mahathir mengkritik pembentangan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkenaan amalan LGBT bahawa nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia adalah berbeza dengan masyarakat Barat.
Topic Berkaitan
#gaya hidup songsang
#LGBT
#luar tabii
#PAS
#Pemimpin Negara
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan