Pemimpin masa kini perlu menyediakan negara untuk masa depan yang lebih baik buat generasi akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata generasi akan datang merupakan pewaris kepada kepimpinan negara, justeru pemimpin masa kini tidak seharusnya memikirkan untuk diri mereka semata-mata.
Katanya kerana itu beliau antara lain melaksanakan inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50) di bawah kepimpinannya yang fokus untuk menyediakan negara buat generasi muda.
"Kerajaan BN (Barisan Nasional) tidak janji kosong, terus laksana (pelbagai inisiatif) untuk orang muda kita, kita mesti sediakan hari ini untuk hari muka, untuk anak-anak, cucu-cucu kita. Pembangkang kata macam-macam pada kita tidak mengapa, kita buat yang terbaik," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Gen Y, Green The City Melaka 2017 di Dataran 1Malaysia di Klebang di sini, pada Ahad. Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.
Dalam majlis sama Najib turut menanam kapsul masa yang akan dibuka oleh pemimpin negara pada masa akan datang iaitu pada 1 Jan 2050.
Perdana menteri berkata selain fokus kepada TN50, kerajaan BN di bawah pimpinannya telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk generasi muda, malah dalam Bajet 2018 dibentangnya baru-baru ini turut memberikan insentif kepada generasi yang bakal lahir.
Inisiatif itu ialah Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 diberikan kepada setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Jan 2018 sehingga 2022 melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB).
"Kita beri BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bagi kad pelajar (bernilai RM250) untuk pelajar universiti beli buku dan pelbagai lagi. Kita buat ini untuk (generasi) semasa dan akan datang.
"Kita buat projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) (Kuala Lumpur-Singapura) untuk siapa lagi kalau bukan untuk generasi akan datang. Tahun 2022 nanti lebih kurang (HSR akan beroperasi)".
Najib berkata HSR akan memberikan impak yang besar dalam kehidupan generasi akan datang terutama di kawasan stesen-stesen sepanjang laluannya, antaranya di Melaka yang bakal memendekkan jarak masa perjalanan selain meningkatkan tahap ekonomi penduduk kawasan itu.
Najib berkata dalam usaha pemimpin dan kerajaan BN masa kini menyediakan negara, pemimpin terdahulu perlu memberikan sokongan sepenuhnya bagi memastikan usaha itu membuahkan hasil yang terbaik.
"Bila ada pemimpin baharu, (pemimpin terdahulu) sokonglah (pemimpin) yang baharu, baru lah negeri dan negara maju ... ini buat hal tak tentu arah, kita yang tua-tua pakat-pakat lah buat yang baik," katanya.
Dalam pada itu, perdana menteri berkata generasi muda negara ini perlu mempunyai impian untuk menjadi generasi yang berjaya suatu hari nanti, walaupun impian itu mungkin ditertawa oleh orang di sekeliling mereka.
Najib berkata individu seperti Pengasas Alibaba Group Jack Ma dan Pengasas Apple Computer Steve Wozniak merupakan contoh jelas bahawa dengan kerja keras tanpa kenal penat lelah, impian yang dipasang itu mampu menjadi kenyataan.
"Dahulu siapa percaya dengan Jack Ma seorang guru dan Wozniak seorang yang gagal di universitinya, tetapi mereka berani bercita-cita tinggi dan mengejar impian mereka itu, mereka berjaya realisasi impian mereka. Bila kita punyai impian dan berusaha realisasikan impian itu, kita akan jadi berjaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2017
program Gen Y, Green The City Melaka 2017 di Dataran 1Malaysia di Klebang di sini, pada Ahad.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.