awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan bagai satu magnet yang kuat - Penganalisis

Isabelle Leong
Isabelle Leong
09/08/2019
06:35 MYT
Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan bagai satu magnet yang kuat - Penganalisis
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) pada pertemuan bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat sempena lawatan rasmi Presiden Indonesia ke Malaysia. - Foto Bernama
Pemindahan pusat pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan mampu memberikan dinamika baharu kepada Malaysia, terutamanya dalam konteks persekutuan Malaysia iaitu antara Sabah dan Sarawak.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Hamidin Hamid, berkata pemindahan ibu negara ini akan membina satu titik baharu dari segi ekonomi dan kepentingan strategik.
"Pemindahan ini akan memberikan persaingan antara Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan dari segi aktiviti dan ekonominya.
"Ia akan menjadi satu magnet yang amat kuat dalam konteks serantau.
"Bagaimana ini akan membina hubungan baharu antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat di Malaysia dan pada masa akan datang, ia bergantung kepada bagaimana Kuala Lumpur boleh meletakkan kepentingan Sabah dan Sarawak dalam perundingan apabila bercakap mengenai pemindahan tersebut," kata Hamidin ketika menjadi tetamu bersama Pengarah Strategi KRA Group, Amir Fareed Rahim dalam program Buletin AWANI Khas pada Jumaat.
Amir pula berkata dengan perpindahan tersebut, ia akan memberikan manfaat dari segi pertahanan kepada negeri-negeri Malaysia Timur.
Hal ini kerana dengan pemindahan ibu negara itu, pihak Indonesia akan meningkatkan serta memastikan keselamatan Kalimantan dan sekali gus seluruh pulau Borneo.
"Perbelanjaan pertahanan kita untuk Sabah dan Sarawak terutamanya selepas pencerobohan Lahad Datu menelan perbelanjaan yang besar.
"Dengan pemindahan ibu kota ini, Indonesia akan meningkatkan dan memastikan pertahanan Kalimantan dan sekali gus seluruh pulau Borneo.
"Ada baiknya kita barkongsi kos pertahanan dan jika jiran kita berada di Kalimantan, sudah pasti ia akan berlaku peningkatan dari segi mutu kawalan pertahanan di Kalimantan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Amir Fareed Rahim
#Hamidin Hamid
#Jakarta
#Joko Widodo
#Jokowi
#Kalimantan
#lawatan rasmi
#Pengarah Strategi KRA Group
#Presiden Indonesia
#Sabah
#Sarawak
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan