awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN masih kumpul maklumat berhubung dakwaan kultus Korea Selatan
[TERKINI] Rawatan Tun M: 'Pembedahan bukan opsyen terbaik buat masa ini' - Mukhriz
Bekas Panglima Tentera Darat hadir ke ibu pejabat SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemintasan telefon diluaskan kuasa ketika zaman Najib

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2020
14:38 MYT
Pemintasan telefon diluaskan kuasa ketika zaman Najib
Ironinya, kuasa pemintasan telefon diluaskan ketika pentadbiran Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencadangkan serta meluluskannya pada 2012, kata peguam Syahredzan Johan. - Gambar fail
Tindakan memintas perbualan telefon adalah sah di sisi undang-undang Malaysia.
Ironinya, kuasa ini diluaskan ketika pentadbiran Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencadangkan serta meluluskannya pada 2012.
Perkara itu dimaklumkan peguam, Syahredzan Johan, yang menyatakan pindaan telah dibuat kepada Kanun Tatacara Jenayah (CPC) yang membenarkan pemintasan dan rakan perbualan peribadi dibuat.
"Inilah sebab saya kata, ironinya perkara ini kerana pentadbiran di bawah Najib yang memberi kuasa ini kepada polis.
"Sebelum ini, ia hanya diperuntukkan untuk SPRM di bawah Akta SPRM. Namun, pada 2012, pentadbiran Najib telah meluaskan kuasa ini kepada pihak polis supaya ia boleh digunakan untuk sebarang kesalahan jenayah, tanpa mengira ia dibawah Akta SPRM atau tidak," kata Syahredzan ketika ditemubual dalam program Consider This di Astro AWANI pada Rabu malam.
Pindaan Akta CPC pada 2012 telah memasukkan Seksyen 116 C yang memberi kebenaran kepada pendakwa raya untuk memberi kuasa kepada pegawai polis untuk 'memintas, mendengar atau merekod' mana-mana perbualan jika ia dianggap mengandungi maklumat berhubung pelaksanaan kesalahan.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Najib Razak
#pemintasan
#perbualan
#rakaman
#SPRM
#Syahredzan Johan
#telefon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan