awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taekwondo: Korea Selatan hasrat kerjasama dengan Korea Utara bagi penyenaraian UNESCO
Sekolah ditutup susulan gelombang sejuk landa China
SPRM tumpu dakwaan pengubahan wang haram RM2.5 bilion babitkan IJM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda jana pendapatan lumayan sembur racun guna dron ketika PKP

Bernama
Bernama
24/06/2020
09:55 MYT
Pemuda jana pendapatan lumayan sembur racun guna dron ketika PKP
Mohd Saifullah mengendalikan dron miliknya untuk menyembur racun di sawah. -BERNAMA
Seorang bekas pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) memanfaatkan peluang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menawarkan perkhidmatan menyembur racun di sawah menggunakan dron sejak April lepas.
Mohd Saifullah Halim, 22, dari Kampung Paya Nedam, di sini yang sebelum ini mengambil jurusan teknologi plastikdi ILP Jitra, berkata perkhidmatan itu menjana pendapatan lumayan baginya.
"Ia keputusan tepat saya buat selepas habis belajar. Saya mulakan dengan seunit dron yang dibeli untuk kegunaan di sawah keluarga seluas 11 hektar, lama kelamaan saya mendapat tawaran daripada beberapa kenalan ayah dan penduduk kampung.
"Kemudian permintaan terhadap perkhidmatan itu meningkat secara mendadak dalam tempoh (PKP). Saya kemudian membeli sebuah lagi dron untuk memenuhi permintaan petani yang meningkat di sekitar daerah ini," katanya ketika ditemui di sini, pada Rabu.
Mohd Saifullah berkata, setiap hari dia dan dua pembantunya mampu menyembur racun sehingga 10 hektar dengan menerima upah antara RM12 hingga RM20 bagi setiap 0.29 hektar sawah.
Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, peningkatan permintaan berlaku disebabkan ramai petani lebih berhati-hati untuk keluar rumah ketika PKP.
"Selain itu, mereka suka semburan menggunakan dron yang lebih menyeluruh dan dapat meningkatkan hasil berbanding semburan biasa menggunakan pam. Musim ini saya mendapat tempahan sehingga ke daerah Yan dan Alor Setar," katanya yang meraih pendapatan sekitar RM5,000 sebulan.
Sehubungan itu, beliau mengajak lebih ramai anak muda menceburkan diri dalam bidang teknologi ini.
"Peluang masih cerah dan tak ramai lagi menawarkan perkhidmatan semburan menggunakan dron," katanya yang turut menerima tempahan semburan racun dan baja daripada pekebun sayur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dron
#kebun
#keluarga
#pelajar
#pemuda
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#racun
#rumah
#sawah
#semburan racun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan