awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda PPBM terima maklumat pindah lebih 50 tas tangan Birkin

Bernama
Bernama
12/05/2018
09:51 MYT
Pemuda PPBM terima maklumat pindah lebih 50 tas tangan Birkin
Menurut kenyataan Exco Pemuda PPBM, tas tangan Birkin yang diisi di dalam kotak berasingan itu dipercayai kepunyaan Rosmah, berdasarkan label yang tertera di atas kotak-kotak tersebut. - BERNAMA/Fail
Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini mendakwa menerima maklumat dan rakaman video menunjukkan lebih kurang 50 tas tangan jenama Birkin sedang dipindahkan daripada sebuah van ke beberapa unit kondominium di Pavillion Residence KL.
Dalam kenyataan bersama hari ini, katanya setiap satu tas tangan yang diisi di dalam kotak berasingan itu dianggarkan bernilai RM200,000 ke atas dengan setiap kotak tertera label nama si pemberi kepada penerima (hadiah pemberian) dan dipercayai penerimanya adalah isteri bekas perdana menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.
Menurut kenyataan itu lagi, memandangkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya terpalit dengan skandal penyelewengan wang secara besar-besaran, pihaknya menggesa serbuan dilakukan ke unit kondominium di Pavilion Resident terbabit.
"Selain daripada tas tangan yang mencurigakan, van yang membawa tas tangan tersebut tertera nama Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jata Negara Malaysia. Jika benar van itu milik JPM, maka ini adalah salah guna kuasa," katanya.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan Bendahari Pemuda PPBM, Rafiq Hakim Razali, Exco PPBM, Ben Ali dan Azizi Sulaiman.
Katanya laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. -- Bernama
Topic Berkaitan
#birkin
#Najib Razak
#Pavillion Residence KL
#Pemuda PPBM
#Rosmah Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan