Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) di sini menegaskan penahanan dua penuntut antarabangsanya baru-baru ini kerana disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan, bukan hasil pengajaran dan pembelajaran di institusi swasta itu.
Timbalan Rektor Hal Ehwal Luarnya, Datuk Dr Ab Ghani Mohamad berkata kes itu adalah yang pertama kerana sejak ia ditubuhkan pada 2007, Mediu telah menghasilkan seramai 2,011 graduan tanpa sebarang rekod jenayah.
"Semua silibus kita diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)... Mediu tidak pernah sesekali mengamalkan atau mengajar sebarang bentuk ekstremisme dan ajaran sesat kepada penuntut kami...pentadbiran, pensyarah dan penuntut juga bersih daripada rekod jenayah.
"Malah, aktiviti penuntut dalam kampus juga sering diberi perhatian penuh oleh kakitangan dan pensyarah. Penahanan dua penuntut Mediu ini tidak dijangka kerana menurut pensyarah mereka, kedua-duanya tidak menunjukkan sebarang perilaku mencurigakan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini pada Rabu.
Beliau berkata kedua-dua penuntut antarabangsa yang ditahan itu masing-masing adalah penuntut tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Fekah dan Unsur Fekah) serta penuntut tahun dua Ijazah Sarjana Muda Sains Al-Quran.
Menurutnya, keluarga kedua-dua penuntut lelaki itu telah dimaklumkan mengenai penahanan mereka pada 3 Nov lepas oleh pihak berkuasa malah Mediu difahamkan mereka juga telah dihantar pulang ke negara masing-masing.
Susulan kes berkenaan, Ab Ghani berkata pihaknya kini menambah baik saringan kemasukan penuntut baharu dengan meminta mereka memaklumkan di dalam borang permohonan maklumat mengenai penaja pengajian jika ada, tempat dilawati tiga bulan sebelum mendaftar selain perlu mengakui sama ada pernah terlibat dalam sebarang kumpulan keganasan.
Katanya, maklumat yang diberikan pemohon baharu semasa mendaftar akan dikemas kini dari semasa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya penipuan selain mereka perlu menandatangani surat aku janji untuk patuh kepada undang-undang Malaysia dan Mediu.
"Kami amat teliti dalam memilih penuntut tidak kira antarabangsa atau tempatan...setakat ini, sebanyak 1,280 penuntut dalam kampus di sini terdiri daripada 43 negara yang kebanyakannya warga Nigeria, Bangladesh dan Indonesia.
"Walaupun ibu bapa dan waris penuntut agak terkilan dengan pelbagai dakwaan terhadap Mediu kebelakangan ini, namun mereka tahu apa yang diajar di sini tidak menyalahi undang-undang," katanya.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan tujuh lelaki termasuk empat warga asing yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan ditahan di beberapa lokasi dalam negara antara 3 Nov hingga 16 Dis lepas.
Katanya, kesemua yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas dalam operasi di sekitar Johor, Sabah, Melaka dan Selangor berumur antara 20 hingga 35 tahun dan dua daripadanya adalah penuntut Mediu. -- Bernama
Bernama
Wed Dec 21 2016
Keluarga kedua-dua penuntut lelaki itu telah dimaklumkan mengenai penahanan mereka pada 3 Nov lepas oleh pihak berkuasa. - Gambar hiasan
Anwar zahir rasa kecewa dengan perkembangan mutakhir di Gaza
Anwar berkata isu kemanusiaan di Gaza kerap disuarakannya setiap pertemuan dengan mana-mana pemimpin antarabangsa.
Sempena Hari Pekerja, PM Anwar ulas isu semasa sepanjang 17 bulan mentadbir Malaysia
Saksikan Program Soal Jawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Saluran 501 dan semua platform media sosial Astro AWANI
Madinah dilanda bah teruk
Banjir kilat yang bermula pada Isnin melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Usah terlalu bergantung kepada beras import, Sabah perlu tingkat SSL - Hajiji
Pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
Penahanan dua penuntut MEDIU tiada kaitan dengan silibus pengajaran - Timbalan Rektor
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) menegaskan penahanan dua penuntut antarabangsanya baru-baru ini kerana disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan.