awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penahanan konvoi motosikal: Saya harap ini kesalahan pertama dan terakhir - Ismail Sabri

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
29/06/2020
09:41 MYT
Penahanan konvoi motosikal: Saya harap ini kesalahan pertama dan terakhir - Ismail Sabri
Setakat ini, kesalahan tidak mematuhi kebenaran konvoi motosikal di Pahang semalam adalah kes terpencil serta diharap menjadi kes pertama dan terakhir. - Foto Astro AWANI
Kerajaan tidak teragak-agak untuk menarik balik kebenaran aktiviti konvoi bermotosikal sekiranya pihak berkuasa menerima banyak laporan kesalahan mengenainya.
Bagaimanapun Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini, kesalahan tidak mematuhi kebenaran konvoi motosikal di Pahang semalam adalah kes terpencil serta diharap menjadi kes pertama dan terakhir.
Justeru katanya, aktiviti berkenaan ketika ini masih dibenarkan.
"Kejadian semalam adalah pertama. Kita anggap ini kes terpencil dan tidak menjadikan semua konvoi dihentikan setakat ini. Pihak polis akan mengambil tindakan terhadap konvoi tersebut.
"Kesalahan itu, polis akan ambil tindakan. Namun, kalau berleluasa dan buat kesalahan seperti berkumpul, tiada penjarakan sosial, tak mustahil kita lihat semula kebenaran itu," katanya dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini pada pada Isnin.
Malah beliau turut memberi contoh bagaimana kerajaan bertindak menarik balik kebenaran operasi sesetengah premis perniagaan dan perkara sama boleh berlaku ke atas aktiviti konvoi motosikal.
"Seperti premis perniagaan dan restoran kalau mereka langgar SOP, ada restoran ditutup sebab langgar SOP. Saya harap kepada penunggang berkonvoi patuh SOP sebab kalau terlampau banyak kegagalan patuh SOP, akan sebabkan keseluruhan konvo tidak dibenarkan. Saya harap ini adalah kesalahan pertama dan terakhir. Kita belum bertindak haramkan konvoi motosikal," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#Media
#menteri
#operasi
#Pahang
#penjarakan sosial
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#polis
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan