awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penahanan semula Khairuddin tidak wajar - Bersih

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2015
03:50 MYT
Penahanan semula Khairuddin tidak wajar - Bersih
Bersih 2.0 membantah penahanan semula bekas Naik Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) membantah penahanan semula bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Dalam satu kenyataan hari ini, Bersih 2.0 menyifatkan penahanan Khairuddin asalnya di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaaan, (cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen) dan penahanan semula beliau di bawah SOSMA di bawah Seksyen 124K (sabotaj) and 124L (cubaan untuk melakukan sabotaj) Kanun Keseksaan adalah tindakan tidak wajar.
Tegas Bersih 2.0, tiada sebarang undang-undang di negara ini yang mengharamkan rakyat Malaysia daripada memanfaatkan sistem undang-undang di mana-mana negara lain di dunia.
Gabungan itu berpandangan Khairuddin berhak mengemukakan laporan mengenai kes 1Malaysia Developmet Berhad (1MDB) kepada pihak berkuasa negara lain.
Sehubungan itu, Bersih 2.0 menyeru pihak berkuasa membebaskan Khairuddin.
Khairuddin ditahan sekali lagi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta petang Rabu atas kesalahan mengancam keselamatan negara.
Peguamnya, Matthias Chang berkata, tangkapan yang kedua ini adalah dibawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan.
Tangkapan kedua ini susulan pembebasan beliau selepas ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan Jumaat lepas.
Topic Berkaitan
#Bersih 2.0
#Khairuddin Abu Hassan
#SOSMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan