awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penantian ibu berakhir duka apabila pelajar kolej dijumpai mati dalam bilik asrama

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2018
13:38 MYT
Penantian ibu berakhir duka apabila pelajar kolej dijumpai mati dalam bilik asrama
Mayat Muhamad Izz Zulkarnain diusung keluar dari bilik asramanya di Taman Pertam Perdana, Pulau Gadong. -Gambar Sinar Harian
Seorang pelajar lelaki sebuah kolej kerajaan negeri Melaka dijumpai mati di dalam bilik asramanya di Taman Pertam Perdana, Pulau Gadong, pagi tadi.
Mayat Muhamad Izz Zulkarnain Mohamad Shahizan, 21 tahun, yang juga pelajar jurusan Diploma Penyelenggaraan Pesawat itu ditemui sekumpulan penghuni asrama dan juga pengawal keselamatan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat pelajar itu sekitar jam 12 tengah hari daripada warden asrama.
Katanya, mayat pelajar tersebut ditemui di atas tilam di lantai bilik asrama berkenaan, dan pemeriksaan awal mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih 48 jam berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau.
Tambahnya, pelajar berkenaan tinggal seorang diri di bilik tersebut memandangkan ketika ini semua pelajar termasuk rakan sebilik, sedang bercuti dan pulang ke kampung halaman masing-masing.
Difahamkan pelajar terbabit yang berasal dari Kedah juga sepatutnya pulang ke kampung halaman dan tiba kira-kira jam 5 pagi ini.
Bagaimanapun, ibu pelajar berkenaan yang bimbang anaknya tidak tiba bertindak menelefon pihak asrama untuk memeriksa keadaannya sebelum pihak asrama menemukan mayat pelajar itu di dalam bilik tersebut.
Jelas Afzanizar, berdasarkan siasatan awal, tiada sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat sebelum mengesahkan punca sebenar kematian.
Topic Berkaitan
#Afzanizar Ahmad
#bilik asrama
#kolej kerajaan negeri Melaka
#mayat
#Muhamad Izz Zulkarnain Mohamad Shahizan
#pelajar kolej
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan