Belum pun hilang penat berpindah, tidak sampai seminggu kemudian, rumah dinaiki air lagi.

Itu yang dialami penduduk di tujuh kampung di Mukim Siong, di sini, selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat lewat petang Khamis.

Susulan itu, lebih 100 penduduk melibatkan 35 keluarga terpaksa berpindah ke kawasan lebih tinggi apabila air mula naik sehingga satu meter kira-kira jam 6 petang.

Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Tandop Keling Siput, Kampung Baru, Kampung Tanjung Langsat, Weng, Kampung Pokok Setol, Kampung Bukit Sebelah dan Kampung Surau Dalam.

Turut dinaiki air, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, kata Pegawai Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Baling Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz.

VIDEO: Jumlah mangsa banjir di Baling meningkat

VIDEO: 17 keluarga dipindahkan akibat banjir

Menurutnya, ini kali pertama keadaan itu berlaku di pusat rekreasi tersebut.

Bagaimanapun, kata Mohd Rosli, tiada pusat pemindahan banjir (PPB) dibuka kerana tiada mangsa yang berpindah.

Hujan lebat menyebabkan beberapa rumah di Kampung Gelam, Jitra dinaiki air. Foto ihsan APM

Semua anggota penyelamat sudah bersiap sedia untuk ke kawasan dilanda banjir bagi membantu penduduk sekiranya keadaan bertambah buruk.

Mangsa dinasihatkan segera berpindah sekiranya keadaan bertambah buruk.

Sementara itu, di Jitra, hujan lebat lebih satu jam menyebabkan 15 rumah di Kampung Gelam, Mukim Gelong, dinaiki air.

Penduduk tidak sempat mengangkat barang keluar apabila air deras masuk ke dalam rumah. Foto ihsan APM

Dalam kejadian jam 6 petang Khamis itu, sebahagian penduduk tidak sempat mengangkat barang apabila air deras masuk ke dalam rumah mereka.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Kamalruzamal Kasa memaklumkan, air naik antara 0.5 dan 0.7 meter memasuki rumah penduduk.

Katanya, kawasan itu memang kerap dinaiki air sekiranya hujan lebat melanda.

Air naik antara 0.5 hingga 0.7 meter memasuki rumah penduduk. Foto ihsan APM

Sehingga jam 1 pagi ini, air masih bertakung di kawasan rumah penduduk.

Anggota APM ditempatkan di lokasi bagi memantau keadaan banjir di kawasan itu.

Mangsa dinasihatkan segera berpindah sekiranya keadaan bertambah buruk.Foto ihsan APM

Anggota APM memantau keadaan banjir. Foto ihsan APM