Pencemaran bahan kimia: Jawatankuasa kerja ditubuhkan

Pencemaran bahan kimia: Jawatankuasa kerja ditubuhkan
Sehingga hari ini, sebanyak 45 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang telah diarah tutup serta-merta ekoran keadaan pencemaran kimia berada pada tahap yang semakin meruncing. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Kerajaan Johor melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah mengaktifkan jawatankuasa kerja bagi menangani kejadian pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Jawatankuasa itu diketuai Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang akan menjalankan kerja-kerja menyelaras tindakan Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan Negeri.

“Mesyuarat telah melantik kontraktor (dilesenkan Jabatan Alam Sekitar) untuk membersihkan kawasan tercemar di Sungai Kim Kim dan kerja-kerja pembersihan sudah dimulakan semalam,” demikian menurut satu kenyataan, hari ini.

Sehingga hari ini, sebanyak 45 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang telah diarah tutup serta-merta ekoran keadaan pencemaran kimia berada pada tahap yang semakin meruncing.