Wakil wartawan Astro Awani, Ernalisa Othman turut dimasukkan ke dalam Hospital Sultan Ismail (HSI) di Pasir Gudang, Johor malam tadi selepas mengalami 'Simptom Kim Kim' termasuk sesak nafas dan pening.

Ernalisa dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Plentong, Johor Bahru selepas membuat liputan pencemaran kimia di daerah Pasir Gudang, Johor.

Beliau bagaimanapun dilaporkan stabil dan telah dinasihatkan berehat di rumah ketika ini.


Ernalisa menjadi pengamal media pertama yang terkesan dengan bahan pencemaran kimia.

Terbaharu, 18 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang telah diarahkan tutup serta-merta apabila lebih dari 270 pelajar dari sekolah berkenaan mengadu megalami simptom ekoran menghidu sisa buangan kimia.