awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran bau di sumber air mentah, 204 kawasan di Selangor bakal hadapi masalah bekalan air

Bernama
Bernama
28/09/2019
13:13 MYT
Pencemaran bau di sumber air mentah, 204 kawasan di Selangor bakal hadapi masalah bekalan air
Henti tugas loji itu akan sebabkan 372,031 akaun pelanggan berdaftar di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terjejas. - Gambar hiasan
Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya, selepas berlaku insiden pencemaran bau dengan bacaan lima ton, di sumber air mentah Sungai Semenyih.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata henti tugas loji itu akan menyebabkan sebanyak 204 kawasan melibatkan 372,031 akaun pelanggan berdaftar di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual, ekoran insiden pencemaran itu.
Menurut kenyataan itu, tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan tidak dapat ditentukan buat masa ini, serta bergantung kepada tahap pencemaran.
Kenyataan itu menyebut Unit Pasukan Pemantau Sungai Air Selangor (PASKAL) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengesan pencemaran yang berpunca dari Loji Rawatan Kumbahan di Bandar Bukit Mahkota dan pihak yang berkenaan telah diminta untuk mengambil tindakan segera menghentikan pencemaran tersebut.
Menurut kenyataan itu, insiden pencemaran tersebut merupakan kali keempat bagi tahun ini melibatkan loji-loji utama terpaksa dihenti tugas dan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar di kawasan yang luas.
"Pihak kami telah beberapa kali membawa isu pencemaran air mentah ini untuk perhatian pihak berkuasa dan kebimbangan kami sekiranya isu pencemaran air mentah ini tidak dibendung, akan melibatkan gangguan bekalan air kepada pengguna," menurut kenyataan itu.
Air Selangor menyatakan pihaknya akan mengeluarkan hebahan dan makluman terkini dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan perlu bagi mengurangkan impak gangguan kepada pengguna.
Orang ramai boleh merujuk aplikasi telefon bimbit 'Air Selangor' atau laman sesawang www.airselangor.com untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#gangguan air
#loji rawatan air
#LRA
#pencemaran bau
#pengguna
#Sungai Semenyih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan